Steemit dan Facebook: Persamaan dan Perbezaan

in #teammalaysia7 years ago


FacebookvsSteem.jpg
Perbandingan Steemit(kiri) dan Facebook(kanan)

Steemit adalah sebuah laman media sosial yang berasaskan blockchain STEEM, di mana blockchain diselenggara dan disimpan oleh ahli komuniti steem yang menjadi witness. Oleh itu Steemit hanyalah Pengantara Muka(interface) antara kita dan blockchain STEEM.

Dari Segi Antara Muka(Interface)

UpvoteEqualLike.jpg

  1. Butang Upvote = Butang Like; bezanya setiap upvote memberi kita Steem Dollars(SBD)

  2. Reply = Comment; bezanya Reply pun boleh upvote

  3. Butang Resteem = Share; lebih kurang Retweet di Twitter cuma tak boleh tambah komen sendiri.

  4. Tag = Hashtag; bezanya tag di dalam post tiada simbol '#' dan dipisahkan dengan ruangan 'space'.

  5. Buat masa sekarang aplikasi Android seperti esteem tidak sebagus lama steemit.com. Oleh itu pengguna peranti telefon dan tablet pintar (disarankan)terpaksa menggunakan browser.


Daftar Dahulu dan Cuba Baru Tahu

Jangan risau, ini bukan skim piramid kerana saya tak akan dapat untung jika anda menggunakan perkhidmatan Steemit. Orang atas tak akan kaya jika downline ramai kerana pengguna baru dengan upvote mereka yang bernilai ciput tak akan memberi faedah kepada mereka yang mempunyai kuasa upvote lebih tinggi.

Sebaliknya pengguna baru akan mendapat nilai tambah daripada ahli yang mempunyai kuasa upvote atau Steem Power yang banyak. Anda juga boleh juga cuba mengajak lebih ramai orang mendaftar dan mendapatkan undi yang banyak di mana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Walaupun begitu ada cara lain untuk menambah nilai upvote and populariti posting anda, namun saya akan kongsi di post yang akan datang.

STEEM, STEEM DOLLAR Dan STEEM POWER?

STEEM dan STEEM DOLLAR(DSB) adalah matawang kripto yang boleh ditukar dengan matawang kripto(seperti bitcoin) dan matawang Fiat(seperti Dollar Amerika dan Ringgit Malaysia). Nilai STEEM Dollar(DSB) ditambat bersama Dollar Amerika(USD) dan STEEM pula turun naik berdasarkan perubahan di pasaran matawang kripto.

Steem Power pula adalah STEEM yang disimpan di dalam wallet anda bertujuan untuk mendapatkan kuasa upvote, lebih tinggi SP maka lebih tinggi nilai upvote kita mampu berikan. Setiap upvote yang diberi kepada orang lain atau diberikan kepada kita akan dibayar tujuh hari setelah post.


wallet.jpg
Contoh wallet pengguna baru mendaftar Steemit

Bermula Dari Ikan Bilis Sehingga Menjadi Ikan Paus

Ini bukan skim piramid yang memberi keuntungan jika kita ada lebih ramai downline atau Followers. Ia juga bukan skim cepat kaya kerana algoritma upvote tidak membenarkan kita upvote sebanyak mungkin dalam masa singkat dan terdapat downvote yang menyebabkan anda tidak mendapat apa-apa.

Oleh kerana kandungan posting anda dibayar, maka etika hak cipta hendaklah dipelihara. Post yang unik dan asli akan mendapat upvote yang tinggi, seandainya ada yang menipu sistem dengan melakukan plagiat maka ia mengundang downvote.

Walaupun begitu daftar akaun dahulu, belum cuba belum tau dan malu bertanya sesat jalan.

Saya Sudah Daftar. Apa Lagi Perlu Saya Buat?

Pertama sekali, perkenalkan diri anda; tak perlu dedahkan identiti sebenar, cuma sekadar protokol bersuai kenal agar komuniti di sini dapat membantu anda menghasilkan post berkualiti disamping menjana pendapatan. Contoh-contoh post suai kenal pertama menggunakan tag introduceyourself boleh dilihat di sini

Post Pertama Anda


introduceyourself.png
contoh post berkenalan kali pertama oleh Zolia

Untuk menghasilkan post klik ikon pensel atau pautan(link) 'Submit a Story) di bahagian paling atas sebelah kanan. Setelah itu akan muncul borang post yang terbahagi kepada 3 bahagian: Tajuk(Title), Kandungan(Content) dan Tag. Ketiga-tiganya wajib diisi terutamanya ruangan tag yang diisi dengan introduceyourself serta 4 tag lain seperti teammalaysia, steemit, steem dan indonesia. Pastikan tag dipisahkan dengan ruang 'space', bukan koma.

Perlu diingatkan, post tidak dapat dipadam(delete) kerana ia kekal di dalam Blockchain tetapi ia boleh diubah suai(Edit) dalam masa seminggu kerana ia adalah tempoh reward(pembayaran).


Intro.jpg
Kedudukan ikon pensel dan contoh borang post


Setelah Post

Jangan malu dan segan kongsikan link URL post anda di ruangan Reply atau DM di akaun Twitter serta Facebook. Salam perkenalan dan tanyalah segala yang berkaitan Steem, Steemit, Media Sosial dan Mata Wang Kripto. Saya pun orang baru kenal teknologi baru, sama-samalah kita belajar.

Sekian. Terima kasih.

Sort:  

amazing explanation about FB & Steemit

This post has received a 8.09 % upvote from thanks to: @headsink.
For more information, click here!

This post received a 2% upvote from @randowhale thanks to @headsink! For more information, click here!

The @OriginalWorks bot has determined this post by @headsink to be original material and upvoted it!

ezgif.com-resize.gif

To call @OriginalWorks, simply reply to any post with @originalworks or !originalworks in your message!

To nominate this post for the daily RESTEEM contest, upvote this comment! The user with the most upvotes on their @OriginalWorks comment will win!

For more information, Click Here!

Penerangan yang complete. Pada aku steemit ni memang cara buat duit dengan mudah yang intrend skrg ni. Tak ramai yang tau lagik pasal ni. So as a pioneer mmg ada can buat duit dulu dari orang lain. Terbaek !!