Adakah kita memang benar-benar ikhlas ketika memberi?

in #teammalaysia6 years ago (edited)



Kita memberi bukan kerana kita kaya, tetapi kerana kita ikhlas untuk memberi. Ada yang memberi tetapi riak dan ada juga orang yang memberi dengan mengharapkan balasan dari pemberian mereka.


(Riak iaitu menunjuk-nunjuk dalam memberi bantuan)

Kita tidak patut menganggap memberi ini sebagai sistem barter, tetapi ia sebagai perkhidmatan sukarela kepada orang yang ingin kita bantu. Jika kita tidak mengubah minda kita tentang makna memberi, maka kita mungkin tidak dapat mempraktikkan perbuatan memberi kecuali, kita memang tidak mengharapkan balasan dari setiap pemberian itu.

"Memberi sedikit dengan ikhlas adalah lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak atau mengharapkan balasan."



Image source


Adakah kita memang benar-benar ikhlas ketika memberi?

Adakah sekadar di bibir sahaja tetapi membebel di dalam hati? Atau kita memang ikhlas untuk memberi, tetapi tidak dihargai, so kita mula kecewa? Kenapa kita merasakan perasaan begitu? Adakah kita yang Tidak Memberi Sepenuh Hati?


Mari kita sama-sama fikirkan.

Situasi 1

Jika kita memberi, adakah kita sakit hati jika tidak diberikan penghargaan? Adakah kita mengungkit pemberian yang telah kita beri? Adakah kita sakit hati sekiranya mereka telah senang dan tidak menghiraukan kita lagi? Atau kita kecewa kerana mereka tidak mengucapkan terima kasih?

Jika kita menjawap semua soalan di atas, mungkinkah kita masih tidak mempunyai sifat ikhlas, kerana seolah-olah kita masih mengharapkan pembalasan dari pemberian yang kita beri.

Situasi ke-2

Jika kita menolong haiwan adakah kita ikhlas? Jawapannya adalah Ya.... Kenapa? Kerana kita tau haiwan tidak dapat membalas kebaikan kita, so kita ikhlas menolong tanpa mengharapkan puji-pujian, ucapan terima-kasih dan sebagainya.

Situasi ke-3

Tangan yang kita gunakan untuk menolong, mata yang kita gunakan untuk melihat penderitaan mereka, harta yang kita gunakan untuk membantu mereka, akal dan ilham yang kita gunakan untuk menyelesaikan masalah mereka dan banyak lagi, sebenarnya semua itu milik siapa?


Semuanya milik Tuhan! Bukankah begitu??

Kesimpulannya

Sekiranya semua itu bukannya milik kita, maka kita tidak berhak untuk menagih pembalasan dari apa yang kita beri kerana tiada satupun milik kita yang mutlak.

Jadi, apa yang kita dapat selepas melakukannya semua ini? Adakah ia sia-sia?... Sebenarnya semua itu tidak sia-sia, kerana ganjaran dari Tuhan lebih berharga dan istimewa. Kita cuma fikirkan bahawa, kita memberi dengan IKHLAS, dan tunggu TUHAN akan membalasnya. :)


"Kehidupan kita di dunia ini
tidak menjanjikan satu
jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah
percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi
hanya dapat ditemui apabila
kita kembali semula kepada Nya."



Inspirasi saya pada kali ini ialah, melukis jari tangan berbentuk hati (💓). Ia adalah lambang cinta kasih kepada Tuhan, kepada manusia, kepada haiwan dan kepada alam.


Langkah 1




Langkah ke-2





Langkah ke-3




Langkah ke-4



Langkah ke-5


Tadaa..!!
Inilah hasilnya




Don't forget to check out my most recent steemit blog post. Thank you 😊

Aktiviti bersama dengan anak-anak di hujung minggu.

Bersikap positif terhadap kehidupan seharian.

Menanam taugeh sangat mudah dan menjimatkan.

Bulan Purnama - Proses lukisan dengan menggunakan cat air

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Thank you

lukisan makin mantap

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by arwine from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 60238.27
ETH 3215.90
USDT 1.00
SBD 2.46