Menanam taugeh sangat mudah dan menjimatkan.

in #teammalaysia6 years ago (edited)



Hari ini saya menulis artikal bagaimana hendak menanam taugeh. Tahukah anda bahawa taugeh adalah dari kacang hijau?

Untuk menanam taugeh kita tidak semestinya perlu tahu pengetahuan yang mendalam tentang ilmu pertanian ini kerana menanam tauge adalah sangat mudah dan semua orang boleh melakukannya. Selain itu, kita juga dapat menjimatkan perbelanjaan seharian jika kita menanam taugeh sendiri.

Inilah cara saya menanam taugeh. Saya sertakan gambarajah di bawah.


Saya menggunakannya kotak minuman untuk menanam taugeh. Bersihkan kotak tersebut sebelum menggunakannya.




Buatkan lubang pada kotak supaya air dapat keluar dari kotak.




Cuci kacang hijau sehingga bersih. Seterusnya, rendam di dalam air bersih selama 8 atau 12 jam.






cara untuk memasukkan kacang hijau ke dalam kotak


Siramkan taugeh itu 4 atau 5 kali sehari dengan air yang bersih. Pastikan tiada air yang bertakung di dalam kotak tersebut. Jika masih ada air yang tertinggal dalam kotak, maka taugeh itu akan berbau dan rosak.



Saya gunakan cara untuk membuang air seperti gambar di atas.

p/s: Oleh kerana lubang pada kotak selalu terkena air maka lubang tersebut akan mengembang dan mula mengecil. Pastikan lubang itu selalu di gunting agar air tidak bertakung di dalam kotak.




Setelah 4 hari, inilah hasil taugeh tersebut. Senang saja kan. Selamat mencuba :)


Sort:  

Saya tidak suka makan taugeh. Tapi selepas kahwin dengan @irmeyhamidi, dia suka paksa saya makan hahaha.

Nice posting. Boleh cuba bila ada masa nanti

Hahaa😂
cuba..jgn tak cuba, saya sudah ketagih
lepas habis 1 sambung lagi satu...
bekalan tak putus....sayur yang pantas dituai....jimat..jimat.. 😂

Thank you for stopping by @rosmadirazali :)

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 59961.00
ETH 3199.92
USDT 1.00
SBD 2.46