Bersikap positif terhadap kehidupan seharian.

in #teammalaysia7 years ago

20180305_143420_0001.png

Sikap yang positif membawa kepada kebaikan dan kebahagian kepada kita iaitu dapat mempengaruhi kehidupan kita ke arah yang lebih positif. Selain itu sikap yang positif, dapat mempengaruhi pemikiran dan cara kita melihat dunia dengan cara yang berbeza.

Bersikap positif tidak bermaksud bahawa kita akan mengabaikan situasi yang buruk di dalam kehidupan tetapi kita akan lebih mendekati masalah itu dengan cara yang positif dan produktif.

Apabila kita menghadapi masalah, kita perlulah sentiasa berfikiran positif dan cuba mengenal pasti masalah yang dihadapi serta cuba menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Kita juga perlu yakin bahawa setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan cuba menjauhi pengaruh negetif di sekeliling kita.

Manfaat daripada sikap yang positif kepada kehidupan kita.

  • Sikap positif dapat menghasilkan tenaga yang baik di sekeliling kita iaitu dapat meningkatkan keyakinan dan keupayaan untuk mengenangi sesuatu masalah.

  • Kita akan mampu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada diri kita sendiri.

  • Kita dapat menghadapi rintangan dan kesukaran dengan lebih tabah.

  • Kita akan disukai dan dihormati oleh orang lain.

  • Kehidupan kita lebih ceria.

  • Kadar tekanan dan kemurungan lebih rendah.

  • Kemahiran mengatasi masalah dapat dihadapi dengan lebih baik ketika mengalami tekanan dan kesusahan.

  • Kita lebih mengharapkan kejayaan berbanding kegagalan.

  • Dapat melihat kegagalan dan masalah sebagai rahmat yang terselindung (bersangka baik)

  • Percaya pada diri sendiri dengan kebolehan kita.

  • Dapat menunjukkan keyakinan dan harga diri.

  • Sikap positif juga membuatkan kita lebih mencari penyelesaian bukannya membiarkan masalah.

  • Selain itu kita dapat melihat dan mengenal pasti peluang yang ada dalam hidup.

  • Memberikan kita inspirasi.

  • Ia memberikan kita kekuatan untuk tidak berputus asa, ketika kita menghadapi halangan-halangan dalam perjalanan hidup.

Sikap positif lebih menjurus ke arah kehidupan yang lebih bermakna dan tidak sia-sia, sekaligus kita dapat merasai kebahagian dan kegembiraan dalam hidup.


Kesimpulannya:

Sekiranya kita berfikiran negatif, maka kita tidak dapat meraih kejayaan kerana tindak tanduk kita lebih kepada pemikiran negatif. Oleh itu, untuk mencapai cita-cita yang kita idam-idamkan kita perlulah berfikir positif pada setiap masa. Kita akan berjaya jika kita lebih berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan diri untuk berjaya.

Sort:  

Hi arwine boleh saya tambah sikit. Kalau dikritik hasil kerja kita ambil sebagai iktibar menerima kritikan Dari orang lain. Cthnya mungkin boleh tambah Kan pengalaman kamu ? Tapi hasil kerja kamu memang positif.

Kalau dikritik hasil kerja kita ambil sebagai iktibar menerima kritikan Dari orang lain.

Ya, saya setuju @voltranrex.
Kita ambil hikmah dari setiap kritikan yang kita dapat. Jika kritikan itu salah kita abaikan sahaja, jika kritikan itu betul kita jadikan ia sebagai panduan untuk memperbaiki diri.

Tapi hasil kerja kamu memang positif.

Terima kasih :)

You’ve been upvoted by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Thank you

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by arwine from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.20
JST 0.034
BTC 99006.74
ETH 3331.65
USDT 1.00
SBD 3.09