Versi Bahasa Melayu - Ketahui Cara-cara Tentang Kolaborasi dan Bagaimana Kolaborator Boleh Membantu Projek Anda
Ahad sudah hampir berakhir dan kami berharap anda semua mempunyai kerehatan dan keseronokan yang secukupnya pada hujung minggu yang lalu. Kami akan menyelesaikannya bersama-sama dengan meneruskan penambahan yang penting kepada projek anda, dengan kerjasama bersama orang lain. Ia adalah bagus untuk menjadi bijak serta cekap, tetapi sila bayangkan apa perkara yang hebat yang dapat kita kecapi jika kita bekerjasama dengan orang lain. Tidak ada yang mengatakan masa depan anda, jika anda tidak bersendirian semasa membinanya. Hari ini kami akan membantu anda memahami apakah erti 'kolaborasi' di fundition.io dan bagaimana ia dapat membantu projek anda berjaya.
CC0 image, Pixabay, author: geralt
Sekiranya anda tidak mengetahui tentang perkara ini sebelumnya, nama kami Fundition mempunyai ayat kolaborator tersembunyi di dalamnya. Apabila kami memikirkan nama itu, kami memikirkan dana dan kolaborasi kerana kami percaya bahawa pendekatan pasukan boleh membantu hampir bagi setiap projek.
Apabila anda memulakan projek anda di Fundition, langkah pertama di sana adalah meminta anda mengisi maklumat utama, ia terdapat butang kecil yang istimewa yang anda boleh tekan di bawah kawasan, di mana anda menulis penerangan selanjutnya. Ia adalah pilihan untuk membolehkan kolaborasi wujud. Anda boleh melihat baris ini: Saya ingin Kolaborator membantu saya (dengan idea, saran, dan banyak lagi) dan yang perlu anda lakukan ialah klik pada butang untuk meluluskan ciri ini.
Seorang Kolaborator adalah seorang pengguna yang memutuskan untuk menyokong projek (tanpa perlu memberikan kewangan) dengan aktif mengambil bahagian di dalamnya dengan membantu penciptaan dan kemajuannya. Seorang kolaborator boleh bekerja pada projek, berkongsi idea, dan memberi cadangan kepada Pengasas.
Kolaborasi akan mengubah dunia
CC0 image, Pixabay, author: kdbcms
Ada kemungkinan besar bahawa anda sebagai pengasas tidak mempunyai semua perspektif. Mungkin anda tidak menyedari betapa banyak kekurangan lain di luar sana, kerana anda tidak melihat gambar besar. Kami percaya bahawa ramai orang boleh menyumbang idea mereka kepada setiap sebab atau projek dan ada juga yang ingin membuat projek tetapi melihat bagaimana orang lain telah melakukannya. Kenapa membiarkan sumber, inspirasi, idea, dan usaha mereka membazir?
Kami mencadangkan bahawa pengasas
membuka kepada kolaborasi kerana
projek akan berkembang dengan pesat
menuju kejayaan.
Pengasas boleh memilih samada untuk membuka projeknya atau tidak untuk kolaborasi dan jika dia membuka, apa yang orang perlu lakukan adalah klik pada "Berkolaborasi" untuk segera menjadi Kolaborator. Kolaborator TIDAK BOLEH menukar pembentangan projek awal, tetapi mereka boleh membuat artikel menggunakan tag projek dan memberitahu kita tentang berita dan kemas kini. Mereka boleh menjadi sukarelawan atau benefisiari kepada projek tersebut, tetapi manfaat terbesar kepada pengasas terletak pada perkongsian idea dan bantuan umum dengan pembinaan projek, pelaksanaan, dan promosi. Projek ini akan mencapai penonton yang jauh lebih besar, jika ia dikongsi dengan lebih kerap dan menyembar dengan lebih banyak. Di sinilah kolaborator benar-benar bersinar.
Kami berbangga dengan semua idea dan kerja keras yang anda melakukan bagi mencapai matlamat anda. Terdapat banyak projek megah di platform ini dan kami yakin bahawa mereka boleh menjadi lebih baik, jika lebih ramai orang menyumbang kepada mereka. Kami berada di sini untuk sentiasa membantu, akan tetapi ia memberi kami kelegaan untuk melihat bahawa anda juga saling bantu membantu sesama lain.
Pastikan anda membaca artikel pendidikan terdahulu kami yang mungkin dapat membantu anda:
A tutorial on how to make an attractive project presentation
Build your brand with Fundition
Use social media for your campaign success
Learn about Fundition Fund Program and how you too can get our support
Start Building the Future Today with:
Join a community with heart based giving at its core
聚贤阁群友互动,您中奖了! 聚贤阁小乐透传送门
谢谢你的到来
Posted using Partiko Android