The Tradition of Kadazan Ethnic (Malay) - Part 4

in #education6 years ago (edited)

Untuk kesempatan yang ada, saya akan meneruskan kesinambungan mengenai adat istiadat. Diharapkan dengan perkongsian ini, kita dapat tahu sedikit sebanyak tentang adat peninggalan nenek moyang kita.

IMG_20180119_200110.png


ZINA DIANTARA LELAKI BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN BERKAHWIN (NO. 9)
Untuk situasi ini, kedua-dua perlaku masing-masing akan didenda 2 ekor kerbau iaitu denda adat lapau kampung dan juga adat lapau curang kepada pasangan (suami & isteri) mereka disamping penjara selama setahun dan tidak boleh dijamin. Sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut, mereka akan dipenjara selama setahun lagi.


ZINA DIATARA LELAKI BERKAHWIN DENGAN PEREMPUAN BUJANG (NO. 10)
Lelaki tersebut akan didenda adat lapau curang kepada isterinya berupa 1 ekor kerbau, disamping turut didenda adat sogit kepada ibubapa si perlaku perempuan iaitu sama ada seekor kambing ataupun seekor babi. Manakala si perlaku perempuan akan didenda sogit adat lapau curang kepada isteri si perlaku lelaki berupa seekor kambing ataupun seekor babi.


ZINA DIANTARA LELAKI BUJANG DAN PEREMPUAN BERKAHWIN (NO. 11)
Seperti perkara 9, kedua-dua perlaku ini akan didenda adat "Hapau" kepada pasangan mereka masing-masing iaitu berupa 1 ekor kerbau. Berbeza dengan perlaku lelaki, sekiranya si perlaku perempuan gagal menjelaskan denda tersebut, dia akan dipenjara selama setahun dan masih perlu menjelaskan denda tersebut walaupun selepas keluar dari penjara.


ZINA DIATARA LELAKI BUJANG DENGAN PEREMPUAN BUJANG (NO. 12)
Dalam situasi ini, si perlaku lelaki hanya akan didenda sogit adat kepada ibubapa si perlaku perempuan iaitu berupa seekor kambing ataupun seekor babi. Berbeza dengan sogit-sogit yang dikenakan kepada si perlaku perempuan sebelum ini, si perlaku perempuan akan dikenakan denda sogit adat kepada ibubapanya sendiri berupa wang sebanyak RM30.00 (untuk makluman buku ini telah dicetak ditahun 80-an & mungkin nilai denda sudah berubah).


PASANGAN BELUM BERKAHWIN BERSEKEDUDUKAN SEHINGGA MENGANDUNG (NO. 13)
Pasangan ini harus berkahwin dengan jumlah belian (hantaran) biasa. Walaubagaimanapun, kedua-dua mereka masih perlu menjelaskan denda sogit kepanasan kampung iaitu berupa 1 ekor kerbau bagi si perlaku lelaki & 1 ekor kambing ataupun 1 ekor babi bagi si perlaku perempuan.


Sekiranya anda berminat untuk membaca post sebelum ini, sila klik pautan di bawah.

Pengenalan
Part 1
Part 2
Part 3

#Proundtobekadazan
#sharingiscaring
#stilllearning

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Thanks yeah.

Patutlah kerbau selalu jadi hantar semasa kahwin.lima ribu hantaran Dan satu kerbau.

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.13
JST 0.032
BTC 64693.66
ETH 2975.51
USDT 1.00
SBD 3.70