The Tradition of Kadazan Etnic (Malay) - Part 3

in #education6 years ago (edited)

Terdahulu, saya ingin meminta maaf kerana telah lama tidak mempunyai kesempatan untuk meneruskan kesinambungan tradisi ini disebabkan kekangan masa yang terhad.

IMG_20180128_145602.png

Untuk kali ini, saya akan meneruskan sogit (denda) perlakuan sumbang muhrim yang berlaku diantara keluarga atau saudara terdekat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sogit, sila klik di sini.

3. Zina diantara bapa saudara dan anak saudara.
Dalam situasi ini, si perlaku perempuan akan dikenakan denda sogit kepanasan kampung 1 ekor kerbau dan penjara selama 6 bulan. Manakala, si perlaku lelaki akan didenda sogit kepanasan kampung 1 ekor kerbau, penjara 1 tahun dan tidak boleh berkahwin dengan si perlaku perempuan.

4. Zina diantara bapa tiri dan anak tiri.
Situasi A - Si perlaku perempuan mengandung
Bapa tiri tersebut akan di denda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau indung (ibu kerbau) dan juga denda adat 1 ekor kerbau kepada isterinya. Dia dibenarkan berkahwin dengan anak tirinya selepas menceraikan dahulu ibu anak tersebut dengan bayaran belian dan belanja dapur seperti biasa. Manakala, anak tirinya pula akan dikenakan denda adat kepanasan kampung lapau 1 ekor kerbau disamping turut didenda 1 ekor kerbau sebagai sogit adat kepada ibunya. Sekiranya denda adat itu tidak dijelaskan, maka kedua-dua si perlaku akan dipenjara selama setahun.

Walaubagaimana pun, jika umur anak tiri tersebut di bawah 18 tahun, kes ini akan menjadi kes polis. Tetapi sekiranya jika si perlaku perempuan berumur 18 tahun keatas, maka tindakan akan dilakukan oleh mahkhamah anak negeri.

Situasi B - Si perlaku perempuan tidak mengandung.
Dalam situasi ini, bapa tiri tersebut akan didenda adat kampung lapau kepada isterinya iaitu 1 ekor kerbau. Manakala si anak perempuan pula akan di denda sama ada 1ekor kambing ataupun 1 ekor babi sebagai denda adat kepada ibunya.

5. Zina diantara suami dan anak perempuan kepada abang, kakak atau adik si isteri sehingga mengandung.
Si perlaku lelaki akan didenda adat kepanasan kampung iaitu 1 ekor kerbau, denda adat lapau kepada isterinya 1 ekor kerbau indung (ibu kerbau), boleh berkahwin dengan si perlaku perempuan dan bermadu dengan isteri si perlaku lelaki dengan hantaran dan belanja dapur seperti biasa. Manakala, si perlaku perempuan akan didenda 2 ekor kerbau iaitu seekor untuk adat kepanasan kampung dan seekor lagi untuk adat lapau kepada isteri si perlaku lelaki.

6. Zina antara sepupu sehingga mengandung.
Dalam situasi ini, si perlaku lelaki akan didenda adat kepanasan kampung 1 ekor kerbau dan boleh berkahwin dengan si perlaku perempuan dengan pitas (denda) 1 ekor kerbau indung dan belian serta belanja dapur biasa. Manakala si perlaku perempuan cuma akan didenda adat kepanasan kampung 1 ekor babi sahaja.

7. Zina diantara suami dan anak perempuan kepada sepupu isterinya atau disebaliknya.
Sila rujuk hukuman perkara 5.

8. Zina diantara adik, kakak atau abang ipar.
Sila rujuk hukuman perkara 5.

Kepada yang ingin membaca entry sebelum ini, sila klik...
Introduction
Part 1
Part 2

Tahukan anda, apabila seseorang mengucapkan kata-kata yang berbaur lucah contohnya "Kenapa awak lambat sampai? Awak 'kerja lebih masa' dengan dengan isteri/suami anda sampai lewat malam kah?" juga boleh dikenakan sogit walaupun hanya sekadar menyakat atau bergurau?

#proudtobekadazan
#sharingiscaring
#stilllearning

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Thank you.

Wah, bergurau pun dikenakan sogit? Bahaya juga, tapi hanya kepada keturunan Kadasan bah kan, kalau tidak lama sudah saya kena sogit ni, haha. Thanks for sharing, berusaha lagi untuk meneruskan kesinambungan tradisi ni.

Iya lor. So remember mind ouf words, nnt kena sogit susah woooo..hahaha

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 70434.55
ETH 3761.18
USDT 1.00
SBD 3.84