Trip aku ke United States of America (USA) - Las Vegas

in #travel7 years ago

Sebenarnya nie adalah kisah tahun lepas. Dimana management company membuat keputusan untuk menghantar aku ke IBM conference yang akan berlangsung di Las Vegas dan ke Silicon Valley Technology Center di San Frascisco.

Company tempat aku bekerja sekarang adalah authorized technology consultant, system integrator & reseller bagi produk IBM. Oleh kerana sales quota kami utk produk IBM telah tercapai pada tahun lepas, IBM memberi tiket percuma bagi menghadiri IBM PartnerWorld Leadership Conference. Cuma tiket flight, hotel serta makan dan minum yang tidak disediakan.

Kalau nak ikutkan, walaupun dapat tiket percuma, aku masih tak mampu nak ke sana. Sebab perbelanjaan sangat mahal. Tapi company nak sponsor keseluruhan perbelanjaan, aku OK saja.

Untuk post nie, aku nak cerita sedikit tentang trip pertama aku ke Las Vegas.


Aku pergi ke sana bersama boss merangkap CEO aku. Kami bertolak dari KLIA2 menuju ke Dubai sebagai transit pertama. Penerbangan yang boss aku pilih, adalah Emirates. Itu juga merupakan kali pertama aku menaiki penerbangan menggunakan Business Class. Sangat selesa, tapi harga tiket pergi sahaja dah mencecah RM15k. Sangat mahal...

Masa diambil dari KLIA2 ke Dubai adalah selama 6 jam dan 46 minit. Mujur aku pergi menggunakan Business Class. Jadi tak terasa sangat enam jam perjalanan. Di Dubai, kami berehat selama dua jam, sebelum penerbangan seterusnya ke San Francisco international Airport.

Aku ingatkan dari KLIA2 ke Dubai sudah cukup lama. Rupa-rupanya, dari Dubai ke San Francisco lagi lama. Masa penerbangan diambil adalah selama 16 jam. Bermakna, aku sudah habiskan masa dalam flight selama 22 jam. Tak termasuk 2 jam masa transit.

Kami touchdown di San Francisco International Airport (SFO) sekitar pukul 4.30ptg. Berbanding di Malaysia, pukul 4.30ptg di sana, sudah mula gelap. Kawalan di sana sangat ketat. Dari immigration, perjalanan agak lancar, tak banyak soalan dan halangan. Malahan pegawai immigration suruh aku pergi ke barisan Green Card sebab dia ingat aku adalah pekerja tetap sana.

Tetapi bila sampai ke barisan Transport Security Administration (TSA), situ bermula segala kelecehan. Secara keseluruhan, ada tiga gate yang perlu aku lalu:

  • Gate #1 - Dari immigration ke 1st TSA checkup line. Aku dah kene buka segala jaket, kasut, tali pinggang, malahan bag laptop aku perlu dikeluarkan segala isi kandungan.

  • Gate #2 - TSA akan check sekali lagi passport, visa & apa-apa supporting document yang menunjukkan kenapa aku ke USA. Soalan seperti "Why are u here", "How long will u be here", "Are u involved in any terrorist groups or activities?" - soalan ketiga tu aku serius tak faham. Adakah mereka berharap aku jawab "Yes"?

  • Gate #3 - Random check of bag. Tapi kali nie aku tak kena. Boss aku saja yang kena check.

Setelah lepas dari azab TSA, perjalanan seterusnya dari SFO kami perlu mengambil satu lagi flight untuk ke McCarran International Airport. Flight kali nie selama 45 minit sahaja.

Kami tiba di Las Vegas Suhu pada pukul 5.20ptg. Masa tu, suhu adalah 16° celcius. Aku pula tak bawa jaket tebal. Hanya sekadar bawa bomber jaket yang nipis. Memang mengigil. Jaket tebal pula ada dalam luggage. Setahu aku, Las Vegas nie padang pasir. Jadi padang pasir mesti panas. Ternyata salah aku punya tanggapan.

Dari McCarran Airport, kami menempah Uber ke hotel The Cosmopolitan yang terletak di new strip Las Vegas. Samapi sahaja di hotel, kami terus check-in dan berehat sebentar. Oleh kerana terlalu penat, aku terlelap sehinggalah boss aku call untuk ajak makan malam. Malam tu kami dinner di hard Rock Cafe, Las Vegas.

Permandangan malam New Strip Las Vegas dari Hard Rock Cafe
IMG_20170212_133417.jpg

Disebabkan kami masih lagi keletihan, selepas makan, kami terus menuju balik ke hotel. Suhu masa tu jatuh dari 16° celcius kepada 8° celcius pada waktu malam. Malam tu aku tido sangat lena. Mungkin terlalu letih

Pada sebelah paginya, aku bangun agak awal. Memang aku sengaja bangun awal sebab nak berjalan-jalan sebentar di sekitar new strip sebelum conferrence bermula pada pukul 10pagi.

Tembok kaca tu memang kacau view
IMG-20170216-WA0014.jpeg

Jennifer Lopez & Britney Spears buat show kat Planet Hollywood
IMG-20170216-WA0016.jpeg

Pengalaman yang aku tak boleh lupakan adalah bila locals di sana ingatkan aku nie orang Mexico. Siap cakap spanish dengan aku hahaha. Bila aku cakap aku dari Malaysia, masing-masing tak pernah dengar pasal Malaysia.

"You look like us ese" - tak pasti itu adalah compliment atau apa. Sebab Mexican adalah immigrant kat sana. Bermakna, mereka nampak aku sebagai immigrant juga lah? Yang pasti, mereka lebih peramah berbanding mat salleh.

Di sana, aku terjumpa juga distributor yang datang dari Kuala Lumpur. Sempat juga kami makan malam bersama-sama.

IMG-20170213-WA0020.jpg

Conference berlangsung selama 4 hari. Dalam 4 hari tu, sempat aku berjalan-jalan di sekitar Las Vegas. Banyak gambar yang aku ambil, tapi sayangnya, SD Card yang aku gunakan untuk save gambar, telah corrupt :(

Adalah sedikit gambar yang terselamat.

Aku dan boss aku di hadapan Gold and Silver Pawn Shop
IMG-20180219-WA0000.jpg

Aku tak ingat apa nama tempat nie. Fountain dia sangat best sebab ikut rentak music
IMG-20180219-WA0001.jpg

Test drive Ferrari di Exotic Racing, Las Vegas
IMG_20170213_091858.jpg

Gambar terakhir aku di Las Vegas sebelum berangkat ke San Francisco
vegas.PNG

Aku rasa dah panjang lebar aku bercerita di sini. Untuk post seterusnya, aku nak bercerita pengalaman aku di San Francisco pula.


@rosmadirazali

Sort:  

World of Photography Beta V1.0
>Learn more here<

You have earned 5.65 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.13
Server time: 21:24:11
Account Level: 1
Total XP: 125.20/200.00
Total Photos: 22
Total comments: 7
Total contest wins: 0
And have also received a 0.30 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

Rosmadirazali..Las Vegas memang tempat menarik..tempat ini juga dikenali sebagai sins city. Saya juga berpeluang ke sana untuk ikuti international broadcast exhibition..Yang pasti jet lag tu buat saya Rasa kurang senang ke Sana.

Sana memang menarik. Cuma waktu pergi ke sana, nilai RM tak berapa baik. Semua jadi mahal. Malahan air mineral jadi semahal RM13 sebotol.

Hahaha, jet lag sangat teruk. Bila pagi, mula menguap. Malam, mata cerah saja

Fuh best. Bila la boleh sampai sn gak.

Vegas mmg best. Sin city aka the city that never sleeps. Aku sempat merasa weekend kat sana, mmg meriah sgt2. Tapi rasa miskin betul bila kat sana. Matawang RM kecik btul

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 57710.10
ETH 2439.74
USDT 1.00
SBD 2.33