Tukar Disk Break & Break pad kereta

Kereta yang aku pakai sekarang adalah recon unit dari Jepun.

Bermakna segala parts adalah original unit. Belum pernah ditukar. Termasuklah disk break.

Break pad boleh dikatakan 8 bulan sekali aku tukar. Sebab aku bila jalan jauh & outstation, memang akan pakai kereta ni. Kereta Kenari aku pakai untuk ulang alik ke tempat kerja sahaja.

Aku perasan yang break pad perlu ditukar sejak dari minggu lepas. Tapi aku sengaja tunggu hingga hujung bulan. Tunggu gaji masuk dulu. Lumrah bekerja makan gaji.

Aku suka pergi ke bengkel di kawasan belakang hotel Grand Season. Sebab harga spare parts disitu sangat berpatutan.

Asalnya kedai tu cuma menjual spare parts. Kemudian mereka membuat juga servicing. Bagi aku sangat bagus, kerana tak perlu aku pergi banyak tempat untuk service kereta. Cukup dengan hanya ke satu kedai saja.

Nama kedai tu adalah Chan Huat Auto Supplies Sdn Bhd.

IMG_20180331_140551.jpg

Dari Google Maps atau Waze, boleh search untuk "Chan Huat Auto Supplies", mesti akan jumpa lokasi seperti di bawah:

IMG_20180331_141044.jpg

Sampai di bengkel, aku beritahu kepada sales person untuk menukar break pad belakang.

Harga sepasang break pad belakang original honda adalah RM78. Upah pasang adalah RM20. Jadi jumlah semua adalah RM98.

Murah kan. Itulah sebab utama aku suka ke bengkel tu. Parts yang diberi pun jenis yang berkualiti.

Aku bawa @irmeyhamidi & anak-anak ikut sekali. Sebab selepas service kereta, aku nak ke UTC & singgah ke rumah mak.

IMG_20180331_155105.jpg

Buka saja tayar & break caliper, nampak break pad sudah tinggal besi saja. Mekanik beritahu aku yang break disk juga perlu ditukar.

IMG_20180331_142720.jpg

Harga sepasang disk break adalah RM550. Aku sebenarnya tak ada plan pun nak tukar disk break. Tapi disebabkan sudah sampai masa untuk tukar, aku pun tukar sekali disk break.

IMG_20180331_142224.jpg

Dah alang-alang aku tukar satu set break belakang. Aku tukar sekali break pad hadapan.

Sales person offer aku Disk Break hadapan dengan harga RM650 termasuk break pad. Tapi disebabkan budget tak mengizinkan, aku hanya tukar break pad hadapan. Harga untuk break pad hadapan adalah RM150.

Lagipun mekanik kata Disk Break depan masih boleh guna untuk anggaran 3000km hingga 5000km lagi.

Kalau aku ada outstation lagi bulan depan, in shaa allah boleh tukar disk break hadapan pakai duit claim mileage.

Disk Break baru yang masih dlm wrapping
IMG_20180331_144232.jpg

First time aku tengok disk break yang baru keluar dari wrapping
IMG_20180331_144153.jpg

Proses memasang disk break
IMG_20180331_144105.jpg

Oleh kerana aku buat segalanya sekaligus, upah pasang & harga barang sudah menjadi lain. Dibawah adalah jumlah secara itemized yang aku harus bayar:
(i) Break Pad belakang= RM78
(ii) Break Pad hadapan = RM140
(iii) Disk Break belakang = RM450
(iv) Services = RM120
(v) GST = RM40.08
(v) discount = RM8

Total adalah RM820

Seterusnya adalah untuk tukar Disk Break hadapan. Itu mungkin bulan hadapan atau selepas raya.


@rosmadirazali


Sort:  

Awesome post... your @rosmadirazali

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

World of Photography Beta V1.0
>Learn more here<

Thank you for participating in #smartphonephotography

You have earned 5.10 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.02
Server time: 10:28:07
Account Level: 1
Total XP: 232.00/200.00
Total Photos: 42
Total comments: 8
Total contest wins: 0
And have also received a 0.40 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

We recommended this post here.

We are Discover Steem, if you like our work consider giving us an upvote. :) If you don't wish to receive recommendations under your posts, reply with STOP.

Hi @rosmadirazali penceritaan Yang cukup maklumat. Lebih lebih lagi era perubahan ekonomi digital.cukup cukup semua info kena faham Cara nak susun pembelian mahupun tukar semua ke barang baharu. Terbaik.

Pergi Chan Huat ka? Bapa selalu pergi kedai Tom's Autopart sebaris dengan dia :)

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 60025.27
ETH 2417.33
USDT 1.00
SBD 2.42