Bitcoin Withdrawal Berjaya Dipercepatkan Dengan TX Accelerator

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Semalam saya ada menceritakan tentang pengalaman saya melakukan pengeluaran Bitcoin dan ianya mengambil tempoh yang amat lama. Malah, ada di antara pengguna Bitcoin lain yang masih menunggu selepas beberapa hari melakukan pengeluaran.

Imgur

Mujurlah adik saya berikan cadangan untuk menggunakan Bitcoin Accelerator.

Hati-hati semasa memilih Transaction Accelerator kerana ada juga yang berunsur penipuan di luar sana dengan meminta bayaran, tetapi pengeluaran tidak berjaya dilakukan.

Dan dalam banyak-banyak link yang diberikan itu, saya gunakan ViaBTC.

Khidmat TX Accelerator dari ViaBTC ni percuma, tapi mereka cuma hadkan 100 submission pertama sahaja untuk disertakan dalam block yang mereka akan lombong (mine).

Jadi kena standby betul-betul tepat jam seterusnya, contohnya jam 5:00 atau 6:00. Jika selepas seminit pun lambat, berkemungkinan anda akan terlepas peluang.

Saya sendiri mencuba beberapa kali sebelum berjaya.

Imgur

Diharapkan tips di atas bermanfaat buat anda. Semoga berjaya :)

Imgur

Jika anda rasakan tips berikut berguna, bolehlah bagi sedikit tips ke salah satu wallet berikut :)

BTC - 3BcpTmafR6yCGk5CZ7mdWhi9mi1R1P27So
Ethereum - 0xf414413855d61cf3b126DFc6c3e19113B37837ec

Sort:  

Tiada BTC di tangan. Tp tgn gatai gak. Terupvoted

Hehe. Tq bro :) Mana tau tak lama lagi ada byk btc :)

Makasih @khusairy bro bagi tips di atas. Sy ade 1 soalan ni. Kalo lbh 100 submissions - ape akan terjadi yah?

Sama-sama bro @wilhb81. Kalau selepas 100 tu, dia akan bg error message & bro kena tunggu jam seterusnya utk submit semula.

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.14
JST 0.029
BTC 66902.20
ETH 3248.49
USDT 1.00
SBD 2.64