Etnik Murut: Satu Perkongsian

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Hai..Salam steemit semua...

Setelah beberapa hari belum memuatkan sebarang artikel di steemit lantaran beberapa komitmen lain, hari ini saya akan bercerita secara santai dan ringan tentang satu topik yang lebih kepada sudut entografi iaitu mengenali suku kaum Murut di Sabah.

Seperti yang kita tahu, Masyarakat Murut membentuk 1 pertiga daripada populasi penduduk di Sabah selepas etnik Kadazandusun dan Bajau. Bagi rakan rakan di luar kawasan populasi ini yang masih kabur tentang profil populasi masyarakat Murut di negeri Sabah, suku kaum ini biasanya mendiami kawasan pedalaman Sabah. Antara daerah yang menjadi kawasan populasi masyarakat Murut ialah di kawasan Banjaran Crocker iaitu daerah Tenom, Keningau, Nabawan, Pansiangan dan Kemabong. Terdapat juga masyarakat Murut yang bertaburan di kawasan daerah sekitar seperti Sipitang dan Beaufort.

IMG_20180324_120950.JPG
Sumber Imej
Pakaian tradisi lelaki Masyarakat Murut

Seperti yang kita ketahui, masyarakat Murut ini memang amat terkenal di kepulauan Borneo Utara sebelum dan semasa kedatangan kolonial British. Masyarakat ini digelar oleh penjajah British sebagai The Headhunter Of North Borneo kerana mereka mengamalkan pemburuan kepala pada zaman itu.

Sewaktu pemerintahan British, Masyarakat Murut menerima tekanan dari pemerintah pada waktu itu terutamanya mereka dikenakan pelbagai cukai termasuk cukai kepala. Kerana membantah sistem ini dan kesedaraan untuk menghalau pihak penjajah ini keluar dari bumi Borneo, maka lahir beberapa tokoh pahlawan yang bangkit menentang pemerintahan British. Antara pahlawan epik lagenda masyarakat Murut yang masyur sehingga kini ialah Pahlawan Antanom. Beliau adalah nadi kepada Rundum Ribellion 1511 yang berpengkalan di Sungai Selangit, Rundum, Tomani. Antanom telah ditangkap oleh pihak British selepas itu dan telah dihukum pancung. Nama daerah Tenom adalah berasal dari nama pahlawan tersohor masyarakat Murut ini.

IMG_20180324_121029.JPG
Sumber Imej
Pahlawan Tersohor masyarakat Murut iaitu lagenda Ontoros Antanom

Dari sisi lain, terdapat lagi kepelbagaian keunikan yang terdapat dalam masyarakat Murut terutamanya dari aspek budaya. antara tarian kesenian yang amat popular dari masyarakat ini ialah tarian bambu atau Magunatip. Tarian budaya yang sudah di komersilkan ini amat terkenal dan sudah beberapa kali dipersembahkan di luar negara.

Selain itu, Masyarakat Murut juga sering dikaitkan dengan istilan Berian Mati atau konsep Hantaran Perkahwinan yang dibayar sehingga mati. Konsep Berian Mati ini tidak wujud sebenarnya dalam masyarakat Murut. Apa yang berlaku ialah pihak lelaki yang ingin berkahwin dan belum punya wang yang cukup untuk dijadikan hantaran tidak perlu risau, selepas sahaja berkahwin, mereka boleh sahaja membayar wang hantaran atau berian kepada keluarga mertua sebaik sahaja mereka sudah punya wang yang cukup untuk berbuat demikian. Namun seringkali terjadi, wang hantaran atau berian ini dibayar sedikit demi sedikit lantaran keadaan ekonomi dalam masyarakat ini sendiri pada waktu itu yang hanya terlibat sebagai petani kecil kecilan dan agak sukar untuk menyimpan wang yang cukup dalam waktu yang singkat. Maka mereka akan membayar hantaran perkahwinan sehingga mereka beranak cucu dan sehingga puluhan tahun. Maka konsep ini disalahertikan oleh masyarakat luar sebagai Berian Mati.

Baiklah setakat ini dahulu topik kita tentang Masyarakat Murut di negeri Sabah. kita akan menyorot lagi tentang keunikan dan kekayaan budaya masyarakat ini pada masa yang akan datang. Sekian dari saya untuk ketika ini.

Salam Steemit untuk semua.

Upvote, Resteem, Follow @keydeet

Sort:  

good share bro. boleh hurai sedikit bagaimana hubungkait antara sukukaum Murut dan Lundayeh/Lumbawang di Sipitang/Sarawak? saya rasa macam ada kesamaan yg ketara antara mereka

tq bro..
Masyarakat Lundayeh/Lumbawang ada perbezaan sedikit dari msykt Murut terutamanya dari segi bahasa namun mereka mempunyai persamaan dari segi corak hidup. ini kerana mereka mudah berasimilasi antara satu sama lain kerana mereka mendiami kawasan penempatan yang berdekatan..p

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Tq for the info..
Saya ingat berian mati nie betul-betul wujud.

Congratulations @keydeet! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

You got your First payout

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Upvote this notification to help all Steemit users. Learn why here!

Do not miss the last announcement from @steemitboard!

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 70153.57
ETH 3783.62
USDT 1.00
SBD 3.72