6 Faktor Untuk Buat Post Blog Pertama Di Steemit

in #teammalaysia6 years ago

Kawan-kawan sekalian. Kali ini, saya cuba membuat 1 posting yang mungkin bermanfaat untuk mereka yang baru dapat akaun. Walaubagaimana kehandalan Bahasa Kopitiam saya, saya cuba elak penggunaan bahasa tersebut. Di sini saya ingin buat dedikasi kepada kawan-kawan saya @rosmadirazali & @nicky1003 yang baru saya berjumpa pada hari Khamis tadi, dan setujui mendaftar menjadi penghuni Steemit dalam golongan Bahasa Malaysia.

FrustWhale.png

Selalunya ditanya oleh kawan-kawan yang golongan penghuni baru Steemit, macam manakah boleh menarik perhatian ramai supaya dapat bayaran yang lumayan? Mari kita memahami beberapa perkara kecil tapi penting:

  1. Upvote - Merupai pilihan yang pembaca. Adakah pembaca rasa kandungan posting adalah cukupi? Adakah kandungan tersebut berkait dan bermanfaat kepada pembaca. Ini serupa macam Facebook punya Like. Cuma perbezaan dia, di Steemit kita panggil Upvote, dan Upvote ini ada nilai crypto yang akan membayar kepada posting tersebut.

  2. Tag - Merupai tanda golongan posting tersebut. Jikalau posting tersebut berkaitan dengan golongan tersebut, kamu boleh masokkan tag yang betul. Kamu boleh mencari tag yang sedia ada di sebelah kiri bawah logo Steemit. Saya di sini ingin menggunakan peluang ini membuat iklan untuk #teammalaysia . Kepada mereka yang tinggal di Malaysia, menggunakan tag ini akan memberi perhatian posting kamu kepada mereka yang duduk di Malaysia. Kenapa begitu penting untuk penduduk Malaysia untuk menggunakan tag ini? Sebab katakanlah hari Khamis tadi, bila saya hantar @rosmadirazali balik rumah, terjumpa Lan Burger di tepi tempat kediaman Adi. Terus teringat mahu buat post blog untuk Lan Burger. Tapi Adi cerita pasal Roti John lagi sedap. Cuba bayangkan, kalau betul-betul saya sudah buat post blog demikian dan bukan golong masyarakat Malaysia yang baca, mana satu mat salleh boleh faham apakah itu Roti John? Apakah itu Nasi Lemak? Itulah kepentingan tagging yang berkait perlu dikenal pasti. Kamu boleh mengguna sehingga 5 tag setiap kali membuat post blog

  3. Kandungan yang unik, teliti, senang difahami. Bagi post pertama, kamu boleh cuba memperkenalkan diri anda. Bagi maklumat peribadi sedikit, tidak diperlukan penuh. Bagi nama pendek sudah cukup. Tidak perlu cerita kerja mana bank, cawangan mana, rumah duduk mana area blok mana, cerita nama isteri semua tidak perlu teliti sangat supaya menjaga keselamatan sekuriti peribadi anda. Contohnya: " Semua orang panggil saya Amin. Dulu ada 1 bini senang, tapi sekarang 3 bini, mahu cerita pun susah kenapa kehidupan saya boleh jadi begini." Dari sini bolehlah sambung cerita, itu sudah cukup. Cuba menggunakan kandungan asal. Gunakan kandungan kreatif. Misalkan lukisan sendiri, gambar yang menarik tangkap menggunakan kamera telifon bimbit. Untuk mereka yang buat post blog memperkenalkan diri, boleh pakai tag #introduceyourself #introducemyself . Kalau ada gambar sendiri, boleh tag sekali #portraitphotography . Yang suka buat post blog makanan, katakan mengenalkan nasi lemak mak ngah di mana area, boleh pakai tag #foodphotography . Kandungan dan kreativiti anda boleh menolong kamu menarik perhatian ramai untuk memberi upvote yang lumayan.

  4. Selepas siap melepaskan post blog pertama, ini kalilah!!! Sambil tunggu orang baca dan upvote, gunakan peluang ini pergi tag #introduceyourself ataupun #introducemyself , cuba cari kawan baru. Perbualan interaktif di komen boleh menolong kamu menarik perhatian orang lain untuk melayan post blog kamu yang baru sahaja dibuatkan. Sementara itu, cuba baca post blog orang lain bagaimanakan mereka mendapati upvote yang tinggi. Cuba belajar bagaimanakan mereka dapat pengikut(follower) yang bergitu ramai. Belajar dari mereka yang berjaya dan cuba menggunakan ilmu yang kamu berlajar dari mereka, kamu akan berjaya kemudian.

  5. Menyemak komen dari orang lain. Bukan sahaja semak, kamu cuba buat analisa kepada corak orang komen, boleh kamu mengenal pasti itu penghuni Steemit adakah dia sengaja datang komen untuk tipu upvote atau pun itu adalah robot komen, yang program dia mengulangi komen yang sama kepada semua orang yang tag #introduceyourself. Untuk semak corak komen boleh gunakan https://steemit.com/@username/comments (tukarkan username kepada ID pengguna Steemit yang kamu hendak semak)

  6. Akhirnya, jangan lupa semak semua komen dan buat balasan jawap kepada mereka yang sudi upvote kamu. Faktor pertama sudah kita tahu apa itu upvote. Upvote ini ada nilai harga crypto. Jadi ia sangat dihargai dan harus kamu menggunakan upvote dengan berhati-hati. Sekiranya kamu tidak tahu berapa kali upvote kamu boleh gunakan, kamu boleh gunakan pautan ini https://steemnow.com/@username (tukarkan @username@ kepada ID steemit sendiri). Cuba mengekalkan kuasa vote diatas 75% supaya upvote kamu bernilai tinggi. Setiap upvote akan menlesapkan 2% dari voting power kamu. Untuk caj penuh kuasa upvote penuh perlukan 5 hari. Jadi, mesti kena menggunakan upvote dengan berhati-hati dan bagi kepada mereka yang berpatutan.

Tip akhir, saya suka pakai sekeping kertas untuk membuat catatan tarikh buat post pertama. Orang kata ini macam dikena culik, tapi tidak tahu lah saya. Suka hati kamu.

Sort:  

World of Photography Beta V1.0
>Learn more here<

Thank you for participating in #portraitphotography, the weekly selection will be released on Saturday.

You have earned 5.80 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 2/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.16
Server time: 13:55:41
Account Level: 1
Total XP: 196.60/200.00
Total Photos: 31
Total comments: 30
Total contest wins: 0
And have also received a 0.44 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

@davidke20 " Semua orang panggil saya Amin. Dulu ada 1 bini senang, tapi sekarang 3 bini, mahu cerita pun susah kenapa kehidupan saya boleh jadi begini." - Susah nak bayangkan kehidupan bg Amin tu, semoga dia bahagia selama-lamanya lol

Tutorial bro ni mmg mantap, syabas~

Masih tunggu kawan² saya lagi. Harap² sebelum hari Rabu sudah boleh mula post blog.

Byk info yang menolong utk newbie mcm saya , thanks bro

Semoga berjaya. Dah upgoat kamu.

Sudah baca kamu punya post blog. Sudah upvote. Sudah komen.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 57630.83
ETH 3105.65
USDT 1.00
SBD 2.33