1 Steemian yang selalu membaca dan mengupvoti sekali setiap hari
Kepada kawan² semua di Steemit. Untuk memberitahu kamu, bahawa di Steemit bukan skim cepat kaya. Bukannya kau buat satu artikel pendek, sekeping gambar macam instagram sudahkan kamu dapat ganjaran yang tinggi. 1sen 2sen mungkin boleh, tapi hendak mendapati sehingga 1$ ke atas, memang susah sikit. Malah, ada yang bersusah payah menulis karangan panjang, tetapi belum sempat lagi dilihat oleh kurator sudah post blog demikian ditenggelamkan akibat post blog baru sudah orang melepaskan ke atas blockchain, post blog lama akan di tekan bawah akibat post baru akan diletakkan di atas.
Bagaimana:
Di sini, ada seorang Steemian yang sungguh setia, dan dia berjanji untuk membaca post blog kamu setiap hari satu kali, dan bagi upvote sekali. Upvote dia tidak terjanji berapa, tapi dari 12sen hingga $1.56. Nama dia Qurator. Jadi, kalau kamu hendak mendapati upvote dari Qurator, pastikan kamu akaun kamu sudah melebihi 14 hari dan mengarang lebih dari 10 post blog.
Harga:
Sekiranya akaun kamu terlepas 14 hari dan ada sudah mengarang lebih dari 10 post blog, kamu perlu membuat bayaran 2Steem/Steem Dollar(SBD) kepada akaun Qurator, dengan nama kamu di dalam kolum memo. Untuk mereka yang baru mengambil bahagian di dalam post blog Steemit, itu memanglah harga yang mahal. Tapi cuba bayangkan, ini adalah pelaburan sepanjang hayat. Katakanlah, jikalau setiap hari kamu buat 1 post blog, Qurator hanya datang buat upvote yang bernilai 12sen sahaja. Hari ke-17, 2SBD semua sudah diuntung balik. Apa yang susah? Lepas 17 hari, apa yang diupvoti oleh Qurator itu semua keuntungan bersih kamu. Jikalau applikasi menjadi ahli Qurator telah ditolak, bayaran penuh akan di pulangkan.
Kebaikan:
Untuk ahli² yang mengambil bahagian di Qurator, kamu boleh mendapat peluang untuk mengambil bahagian untuk pertandingan mereka. Ada kemungkinan artikel kamu akan diresteem oleh mereka, oleh itu post blog kamu mendapati "siaran semula" untuk pengikut(follower) Qurator. Untuk ahli yang ada buat 3 kali upvote untuk post blog Qurator setiap minggu, ahli tersebut akan dapat upvote yang lagi bernilai. Untuk ahli yang ada buat 7 kali upvote untuk post blog Qurator setiap minggu, upvote yang bernilai lagi tinggi akan diberikan. Tidak perlu fikir, upvote sahaja, saya buat semua 7 kali satu minggu untuk mengenalpastikan status keahlian saya selalu digolongan upvote bernilai tinggi. Ada lagi yang lagi tinggi, tapi saya tidak akan cerita disini. Untuk maklumat selanjutnya, sila melayari halaman Qurator seperti di bawah
Akhirnya, semoga berjaya. Sebelum saya membuat penutupan, inilah kejadian semalam, Qurator sudah datang baca dan upvote. Tengok ni, semalam sudah kena upvote.
Sekiranya kamu suka artikel ini, sila upvote, resteem dan follow saya. Terima kasih.
Bagaimana cara registernya supaya di upvote oleh @qurator?
Caranya transfer 2SBD/STEEM dengan nama sendiri sebagai memo.
@davidke20 Oh, ni kebetulan ke? Saya baru mendaftar dengan @qurator semalam ni (Entah bagaimana dengan permohonan saya ni)
Harap2, qurator tu bagi I join mereka punya program :)
Biasa tunggu 48jam akan dapat wallet mesej.
Ok bro, kalo cam ni, I tunggu aje lah... Makasih yah :)
wow... you can still type in Malay... good for you.. haha
Were also actively growing the local Malay bloggers community. Stay tuned on our Malay trail.
Hi @davidke20, saya masih baru di steemit. Artikel di atas sangat bagus untuk newbie. Tiada sesiapa yang berkongsi tentang maklumat ini selepas saya membuka akaun steemit. Sedih juga.. kalau saya terlepas peluang pertama, bagaimana saya boleh mendapat peluang ke2?
Belum terlambat lagi. Sila sambungkan post blog kamu untuk mencecas hari 14, dan sekurang² nya 10 post blog dikarangkan sebelum kamu minta izin untuk menjadi Qurite(pengikut Qurator).
Saya sangat suka bahasa kamu. Kamu dulu dari sekolah melayu ke @davidke20? Sebab saya dari sekolah melayu sejak darjah 1. Jadi sekarang ialah banana. Tetapi Bahasa Cina kamu pun terre. Macam mana kamu belajar begitu banyak bahasa? 😉
Tidak. Saya belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina. Yang "kepisangan" terpulang kepada individu.
Kepisangan? Hahaha… Perkataan ini telah membuatkan saya ketawa berguling-guling atas lantai. 😂
I know right. ROTFFLMFAO. Command of language literally has to do with "willingness" and whom are we speaking to.