Info Kesihatan: Anoreksia - Wanita obses kurus

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Satu gejalah kurang sihat yang melanda gadis remaja pada zaman moden ini ialah tabiat menjauhkan makanan kerana kegairahan untuk menjaga bentuk badan serta berat badan. Akibatnya gadis itu akan berasa takut dan risau untuk mengambil sebarang makanan tidak kira banyak atau sedikit, kerana berfikir mereka akan menjadi gemuk atau berisi. Keadaan ini menjadi teruk apabila tanpa makanan yang cukup, mereka melakukan senaman bertubi-tubi sehingga menjejaskan kesihatan mereka.


source

Membuat peraturan diet sendiri yang terlalu ketat tanpa meminta nasihat doktor, akhirnya menyebabkan gangguan makan dengan erti kata lain, penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penyakit ini dikenali sebagai Anoreksia nervosa yang bermaksud, tiada selera dan gangguan makan akibat kesan psikologi serta fizikal yang teruk.

Orang yang mengalami penyakit anoreksia akan kelihatan kurus dan cengkung. Gigi dan kulit kelihatan kuning-kekuningan, rambut menjadi gugur dan kuku menjadi rapuh dan pecah.

source

Pesakit ini akan menjadi sangat sensitif terhadap komen berkaitan dengan wajah dan bentuk fizikalnya. Ia juga melakukan tindakan yang antisosial, tidak suka bergaul dengan rakan-rakan, berpura-pura makan di hadapan ibu bapa.

Dari segi fisiologi, mereka akan mengalami masalah kerap berasa ingin muntah serta cirit-birit.

Salah Tanggapan Sebenarnya
Anoreksia ialah penyakit yang disebabkan oleh malnutrisi. Anoreksia merupakan penyakit emosi dan sosial selain penyakit fizikal remaja, khususnya bagi wanita. Anoreksia bukan disebabkan oleh malnutrisi tetapi sebenarnya menyebabkan malnutrisi.

Jika keadaan menjadi serius, pesakit ini perlu rawatan dari doktor untuk menyeimbangkan cecair dan garam galian di dalam badan. Selain itu, pakar pemakanan amat diperlukan untuk pesakit ini, mereka dapat membantu untuk merangka satu kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat agar berat badan dapat dicapai dengan jayanya.

Pesakit anoreksia ini seiring dengan penyakit mental lain seperti kemurungan, keresahan dan berasa ketakutan. Oleh sebab itu, mereka juga perlu mendapat rawatan daripada pakar psikiatri supaya mentaliti pesakit dapat dirawat.

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.

If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:

  • My name is Angela.
  • I have 3 amazing kids!
  • Flowers and kids love me.. :)
  • I never say no to cheesecake.
  • Did I mention I love flowers?
  • I believe life is too short to worry about being a bad singer.
  • In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
  • I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
  • I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
  • For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

Thanks for visiting!

Sort:  

@arwine maklumat seumpama ini harus diambil perhatian. Informasi ini mungkin sudah berzaman tapi ada sebahagian terma yang tersenarai diatas membuatkan saya risau . Semakin hari semakin banyak cara baru untuk membentuk badan tanpa menghiraukan nasihat doktor. Bagi zaman remaja sekarang kecantikkan adalah aset utama dan self esteem. Dengan penulisan ini diharap ada kesedaran bahawa kesihatan lebih diutamakan daripada kecantikkan yang boleh mengancam nyawa manusia.

@voltranrex, betul tu.. saya sokong.

Dengan kata lain, langkah pencegahan iaitu mendidik remaja tentang kesihatan diri lebih baik daripada merawat.

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 62858.15
ETH 3112.97
USDT 1.00
SBD 3.90