Hari ni su...

in WhereIN3 years ago

Hari ni sudah masuk hari Ahad, dan merupakan hari terakhir bagi cuti Raya Aidilfitri. Sekejap saja 4 hari cuti berlalu. Rasa tak cukup pulak cuti 😅. Kalau cuti seminggu, barulah best. Tapi tetap tak boleh keluar berjalan sesuka hati.

Esok nampaknyer dah kena masuk kerja semula di opis, dan menghadap perangai individu yang boleh buat stress. Bersabar saja lah yang mampu dan boleh aku buat. Selagi tak dapat kerja baru, aku bertahan dulu di sini.

Walaupun aku masih belum dibenarkan untuk keluar berjumpa dengan customer, aku masih perlu masuk opis. Tidak dibenarkan untuk work-from-home. Walaupun salah satu product company aku adalah remote-work solution 😜

Tapi nak buat macamana kan, dah lumrah bekerja makan gaji. Mesti akan berjumpa dan berurusan dengan orang yang berperangai entah apa-apa. Polisi company pun aku harus ikuti.

Disebabkan hari ni masih lagi public holiday, untuk sarapan pagi, aku cuma bungkus saja roti canai di kedai mamak. Lagipun, larangan untuk dine-in di kedai makan masih dalam penguatkuasaan. Mujurlah pagi nie tak ramai sangat yang membeli di sini.

Sedang menunggu roti canai yang aku order siap, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Tersangat lebat beserta dengan angin ribut. Tengah hujan lebat, tak lama kemudian, roti canai yang aku order, sudah siap dibungkus. Tapi kerana hujan lebat, aku tak dapat nak balik ke rumah. Malas nak basahkan pakaian kerana redah hujan. Terpaksa lah aku menunggu sekejap.

Rupa-rupanya, lama juga aku menunggu hujan untuk berhenti. Dalam setengah jam juga aku tersangkut di kedai mamak. Sambil-sambil menunggu hujan reda, aku amik sekeping dua gambar.

Dalam gambar tu, korang boleh tengok sendiri, betapa lebat kan hujan tadi. Kesian pulak tengok sorang brader nie basah kuyup keluar dari kereta.


aDi

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Sort:  

PKP, terasa macam X cuti Pon @tipu curate !shop

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

你好鸭,rosmadirazali!

@davidke20给您叫了一份外卖!

软哥@softmetal独家代言 单身热狗

吃饱了吗?跟我猜拳吧! 石头,剪刀,布~

如果您对我的服务满意,请不要吝啬您的点赞~

42
You are viewing a single comment's thread from:
RE: Crepúsculos de Barquisimeto
View the full context
wherein (69)in WhereIN • 1 hour ago
This post has been rewarded by the Steem Community Curation Project #wherein

昨天明明把手机放在桌上,今天又找不到了 ( ˘︹˘ )
咦?你是谁?我又是谁?
加入我们微信群没?还没的话赶快加我们瓜子老板。很帅的 iguozi <(^,^)>

Ha recibido un voto a favor de la comunidad WHEREIN, impulsada por STEEMIT INC. Gracias por usar WHEREIN

Terimakasih Sudah Menggunakan WhereIn, Postingan Anda Terpilih Untuk Mendapatkan Upvote Dari WhereIn Dan Di Dukung Oleh Steemit.inc !

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.033
BTC 64386.10
ETH 3142.17
USDT 1.00
SBD 3.98