Ayam Goreng ala Korea Style

in WhereIN2 months ago

Hari nie mood tak berapa ok skit hehe, so tak plan nak masak ape untuk tengahari nanti. Macam biasa saya google masakan apa nak saya masak, lepas itu saya terjumpa resepi 'Ayam Goreng ala Korea Style' lalu saya buka youtube dan tengok cara- cara masakan nya. Boleh nie sebab kebetulan semua bahan sedia ada dalam rumah. Berikut adalah resepi nya ;

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk ayam goreng:
sedikit garam
1 sudu besar kicap cair
½ sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji telur
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahan untuk salutan ayam:
3 sudu besar butter (salted)
2-3 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam goreng honey butter:
Cincang halus atau parut bawang putih.
Gaul sekata ayam dengan sedikit garam, kicap cair, lada hitam, telur, tepung gandum, tepung jagung, dan baking powder.
Sesudah itu, panaskan minyak dan goreng ayam lalu angkat.
Goreng ayam untuk kali kedua dengan menggunakan api sederhana lalu angkat dan tos minyak.
Panaskan butter lalu masukkan bawang putih, serbuk cili kasar, kicap manis, gula dan madu.
Bila bahan sudah sebati, masukkan ayam dan tutup api.
Gaul dan salut ayam goreng dengan kesemua bahan.
Kemudian, hidang ayam goreng honey butter.

Tips
Ketika mahu menggoreng ayam, jangan masukkan terlalu banyak ayam kedalam minyak bagi mengelakkan suhu minyak turun dan salutan ayam menjadi lembik dan hancur.
Tambah sedikit garam jika menggunakan “unsalted butter” kedalam masakan.

Anak beritahu sedap cuma salutan honey garlic saya agak manis, tak apa nanti saya boleh adjust next time. Jemput makan 🤤.

[WhereIn Android] (http://www.wherein.io)

Sort:  

你好鸭,irmeyhamidi!

@davidke20给您叫了一份外卖!

上海人的回忆雪糕

吃饱了吗?跟我猜拳吧! 石头,剪刀,布~

如果您对我的服务满意,请不要吝啬您的点赞~

This post has been rewarded by the Steem Community Curation Project #wherein

昨天明明把手机放在桌上,今天又找不到了 ( ˘︹˘ )
咦?你是谁?我又是谁?
加入我们微信群没?还没的话赶快加我们瓜子老板。很帅的 iguozi <(^,^)>

Ha recibido un voto a favor de la comunidad WHEREIN, impulsada por STEEMIT INC. Gracias por usar WHEREIN

Terimakasih Sudah Menggunakan WhereIn, Postingan Anda Terpilih Untuk Mendapatkan Upvote Dari WhereIn Dan Di Dukung Oleh Steemit.inc !