Ringgit Malaysia

in #aceh6 years ago

Ringgit Malaysia (kod matawang: MYR) ialah mata wang Malaysia. Satu ringgit terdiri daripada 100 sen. Wang ringgit dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Pada 12 Jun 1967, mata wang ringgit Malaysia yang dikeluarkan oleh bank pusat yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia, menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British pada tara.[9] Mata wang baru ini memelihara segala peringkat nilai pendahulunya kecuali nilai $10,000, serta mewarisi skim warna ringgit lama itu. Pada berpuluh-puluh tahun yang berikutnya, perubahan kecil dilakukan pada wang kertas dan syiling sekali, mulai pengeluaran syiling M$1 pada tahun 1967, hingga penyahwangan wang kertas M$500 dan M$1000 pada 1990-an.

Lambang "$" (atau "M$") diganti dengan "RM" sekitar tahun 1993, namun di peringkat antarabangsa, "MYR" (MY sebagai kod negara Malaysia) lebih diterima umum.

Apabila ringgit Malaysia mengambil tempat ringgit Malaya dan Borneo British pada tara, ringgit baru ini asalnya bernilai 8.57 ringgit sepaun sterling British. Pada November 1967, lima bulan selepas ringgit baru diperkenalkan, mata wang paun turun nilai sebanyak 14.3%. Mata wang baru ini tidak terjejas tetapi wang kertas dolar Malaya dan Borneo British masih ditetapkan pada 8.57 dolar sepaun; oleh itu, wang-wang kertas yang lama ini dikurangkan nilainya kepada 85 sen seringgit.

Sungguhpun wujudnya mata-mata wang baru di Malaysia, Singapura dan Brunei, namun oleh sebab Perjanjian Kesalingbolehtukaran yang dipatuhi oleh ketiga-tiga negara tersebut sebagai bekas anggota sebuah kesatuan mata wang, ringgit Malaysia juga boleh ditukar pada tara dengan dolar Singapura dan ringgit Brunei hingga 8 Mei 1973, ketika kerajaan Malaysia mengundurkan diri daripada perjanjian itu.[10] Lembaga Kewangan Singapura dan Lembaga Mata Wang dan Kewangan Brunei masih memelihara kesalingbolehtukaran dua mata wangnya hingga kini.[10]

Antara tahun 1995 hingga 1997, ringgit diniagakan sebagai mata wang terapung bebas pada sekitar 2.50 sedolar Amerika Syarikat,[11][12] tetapi kemudian menjunam ke bawah paras 3.80 sedolar menjelang tahun akhir 1997 semasa itu Menteri Kewangan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,[12] ekoran krisis kewangan Asia Timur pada tahun berkenaan. Pada separuh pertama tahun 1998, mata wang ringgit berubah-ubah antara kadar 3.80 hingga 4.40 sedolar,[13] sebelum Bank Negara Malaysia menetapkan nilai ringgit pada kadar 3.80 sedolar selama hampir tujuh tahun mulai September 1998, sambil membiarkan mata wang ringgit terapung dengan mata-mata wang yang lain.

Kesan kegawatan ekonomi itu, mata wang ringgit susut 50% nilainya berbanding dolar AS pada tahun 1997 hingga 1998, dan juga mengalami susut nilai berbanding mata-mata wang yang lain pada Disember 2001 hingga Januari 2005. Pada 4 September 2008, mata wang ringgit belum mencapai semula nilainya pada tahun 2001 berbanding dolar Singapura (SGD) (2.07 kepada 2.40),[14]) euro (EUR) (3.40 kepada 4.97),[15] dolar Australia (AUD) (1.98 kepada 2.80)[16], dan paun British (GBP) (5.42 kepada 6.10)[17].

Pada 21 Julai 2005, Bank Negara mengumumkan berakhirnya penetapan dolar AS serta-merta selepas China mengumumkan pemansuhan penetapan renminbi pada dolar AS.[18][19][20] Menurut Bank Negara, Malaysia membenarkan ringgit untuk ditukarkan dalam apungan terurus berbanding beberapa mata wang utama. Ini menyebabkan nilai ringgit meningkat kepada anggapan nilai pasarannya, namun Bank Negara telah mencampur tangan dalam pasaran kewangan untuk menjaga kestabilan kadar tukaran ringgit.

Ekoran mansuhnya penetapan mata wang, nilai ringgit meningkat kepada serendah 3.16 sedolar AS pada April 2008.[21] Ringgit turut menikmati peningkatan nilai berbanding dolar Hong Kong (HKD) (0.49 kepada 0.44)[22] dan renminbi (CNY) (0.46 kepada 0.45)[23] pada Mei 2008.

Sekitar Mei hingga September 2008, ringgit mengalami penurunan nilai yang mendadak berbanding dolar As ekoran ketidaktentuan politik berikutan pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil yang memenangkan Anwar Ibrahim, kejatuhan harga petrol serta kurangnya campur tangan oleh Bank Negara untuk meningkatkan kadar faedah yang agak rendah (iaitu 3.5% sejak April 2006).[24]. Kesannya, nilai ringgit turun kepada serendah 3.43 sedolar AS pada 4 September 2008,[25]; mata-mata wang utama yang lain, termasuk dolar Hong Kong dan renminbi turut mengalami perubahan mendadak yang sedemikian. Kejatuhan nilai ini menyebabkan ringgit berada di paras yang paling lemah sejak 24 September 2007, dan juga menjadi mata wang Asia Tenggara yang kedua paling hambar pada Jun hingga September 2008.

IMG20180721155809.jpg

Sort:  

@aidilfazli, enjoy the vote!

Have you claimed your FREE Byteballs yet? Check out this post on how you can get $10-80 just for having a Steem account: https://steemit.com/steem/@berniesanders/get-free-byteballs-today-just-for-having-a-steem-account-usd10-80-in-free-coins

Congratulations @aidilfazli! You have completed the following achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the total payout received

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

Do not miss the last post from @steemitboard:
SteemitBoard World Cup Contest - The results, the winners and the prizes

Do you like SteemitBoard's project? Then Vote for its witness and get one more award!

Hello, hai @aidilfazli! Congratulations! Posting anda masuk peringkat 3 kategori Tulisan Dengan Upvote Terbanyak, di 10 Besar Tulisan Hari Ini di https://steemit.com/peringkat/@puncakbukit/10-besar-tulisan-hari-ini-selasa-24-juli-2018 .. =)

Coin Marketplace

STEEM 0.35
TRX 0.12
JST 0.040
BTC 71539.00
ETH 3603.23
USDT 1.00
SBD 4.75