Kesan Tsunami Disember 2004, Gamit Pelancong ke Aceh

in #travel6 years ago

26 Disember silam, musibah bencana gempa bumi tektonik dengan kekuatan 9.1 hingga 9.3 pada skala Richter yang disusuli dengan kejadian tsunami di Aceh Darussalam, Indonesia. Bencana dahsyat itu telah meragut ratusan ribu nyawa dalam sekejap sahaja.

Dalam kejadian itu, gelombang tsunami paling ganas telah menenggelamkan tanah Aceh. Dahsyatnya gempa itu turut dirasai hingga ke Sri Lanka, India, Thailand, Maldives, Malaysia dan Somalia.

Trauma akibat kejadian itu masih lagi dirasai oleh penduduk Aceh sehingga hari ini.

Tragedi tsunami pada 26 Disember 2004 masih belum hilang daripada memori mereka. Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di Lautan Hindi, sebelah barat Aceh.

Dalam tempoh antara 15 dan 20 minit selepas gempa bumi berlaku amukan ombak raksasa setinggi ±30 meter yang dicetuskan oleh gegaran itu membadai seluruh kawasan pesisir pantai Aceh, Indonesia.

Tsunami kala itu merupakan bencana terbesar sepanjang sejarah indonesia, dan termasuk bencana alam paling banyak membunuh manusia di dunia,

"Kami tidak dapat melupakan peristiwa itu, dimulakan dengan gempa dan disusuli tsunami sehingga menghancurkan Aceh serta meragut ratusan ribu nyawa" ujar salah seorang penduduk kota Banda Aceh.

Kepingan atau sisa peninggalan runtuhan bangunan akibat gempa bumi dan badai tsunami pada 26 Disember 2004 lalu, kini menjadi tarikan pelancongan baik dari dalam dan luar negeri di Aceh.

Kapal PLTD Apung seberat 2,600 tan menjadi saksi tragedi tsunami. Kapal yang berada di Pelabuhan Ulee Lheue kala itu dipukul gelombang laut yang kuat sejauh kira-kira 10 kilometer(km) ke daratan ke kawasan penduduk di kampong Punge Blang Cut, Kota Banda Aceh.

Muzium Tsunami yang berdiri megah di tengah Bandar Aceh setinggi empat tingkat dengan bentuk atapnya menyerupai ombak besar yang dibina pada tahun 2009 menjadi simbol memori kepada tragedi memilukan itu.

image

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 58679.35
ETH 3155.04
USDT 1.00
SBD 2.44