Berjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia

in #tentera8 years ago

Berjaya Bersama Angkatan Tentera Malaysia. Bagi aku secara peribadinya, apa yang kita ceburi biarlah sehingga mencapai suatu tahap yang boleh engkau banggakan bila kau kenangkan diwaktu sendiri nanti. Jadi sebagai seorang remaja yang telah korbankan waktu remajanya di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan seterusnya bergelar seorang Pegawai Tentera, bagi aku, ketahap tertinggi sepatutnya aku kejar.

Namun, untuk memastikan aku mencapai apa yang aku gelar suatu kejayaan itu, aku pastikan aku mengikuti setiap apa yang telah aku tetapkan. Di sini aku kongsikan beberapa petua yang aku pastikan untuk menggapai kejayaan bersama Angkatan Tentera Malaysia.

  1. Tetapkan Tahap Kejayaan.
    Seperti juga apa yang kita ingin perolehi, awal mula pertama mula mestilah kita pastikan apa yang sebenarnya kita mahu. Bukannya secara membuta tuli mengejar sesuatu yang kita tidak pasti. Pada permulaan setiap yang kita ceburi, haruslah kita tetapkan apa yang kita mahukan.

  2. Tetapkan Garismasa Untuk Sesuatu Usaha.
    Apa yang kita lakukan, pastikan kita ada garismasa. Pastikan kita ada had masa untuk kita berusaha. Sekiranya itu sesuatu yang sangat berharga dan agak sukar, pastikan kita tetapkan lebih masa dan begitulah sebaliknya. Jadi dengan adanya garismasa, seharusnya kita boleh ketahui adakah kita masih di jalan yang betul untuk mengejar kejayaan kita.

  3. Fikirkan Diri Sendiri, Jauhi Iri Hati.
    Perkara biasa sekiranya ada orang lain yang lebih jauh kehadapan, lebih mengapai kejayaan lagi cepat. Namun tenang. tenang dan tenang. Jangan kejayaan orang lain mengganggu kita namun gunakan ianya sebagai suatu yang membantu kita untuk menggapai kejayaan kita.

  4. Jangan Putus Asa, Teruskan Berusaha.
    Tak semua yang kita mahu, kita akan dapat. Dan sekiranya kejayaan yang kita mahukan masih belum muncul, teruskan berusaha dan berusaha. Yang indah selalunya lewat hadirnya kan?

  5. Lakukan Semuanya Kerana Allah dan Keluarga.
    Terakhir sekali, lakukan apa sahaja mestilah kerana Allah dan dapatkan restu dari kedua ibu bapa dan sokongan mereka. Pastinya semua akan berjalan lancar.

Alhamdulillah, untuk umur dan tahap sekarang. Semua kejayaan yang aku sudah setkan semasa bergelar pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah aku capai, dan aku berbangga. Looking forward untuk next goal aku dalam Angkatan Tentera Malaysia ini. Namun untuk mengejar kejayaan bersama Angkatan Tentera Malaysia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perlukan perlindungan yang terbaik untuk diri sendiri. Walau apa yang terjadi, kita sudah ada langkah-langkah yang terbaik.

Jadi, apa yang terbaik?

Sort:  

Hi! This post has a Flesch-Kincaid grade level of 14.9 and reading ease of 7%. This puts the writing level on par with academic journals.

I upvote U

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 66552.75
ETH 3490.33
USDT 1.00
SBD 2.64