Aktiviti Malam Di Bulan Ramadhan : Night Activities In Ramadan

in #teammalaysia6 years ago

Apabila azan maghrib berkumandang maka aku dan keluarga akan berbuka puasa setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Pelbagai juadah di jamu bagi menghilangkan dahaga dan mengisi perut yang kosong. Seperti biasa setelah berbuka puasa aku akan pergi menunaikan solat isyak dan solat sunat terawih bersama dengan penduduk kampung yang lain.

When the azan prayer is over, then I and my family will break after a day of hunger and thirst. Various foods are served for quenching and filling empty stomachs. As usual after breaking, I will go to perform the solat prayers and solat sunnah prayers along with other villagers.

Selesai sahaja menunaikan solat aku akan pergi ke warung untuk berjumpa dengan rakan-rakan untuk melepak. Di situlah tempat kami bertemu. Pelbagai cerita yang dikongsikan termasuklah kenangan semasa kami masih di bangku sekolah lagi. Bezanya, sekarang ini kesemuanya telah mempunyai tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Namun begitu, kenangan silam membuatkan kami merasa seperti baru habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

After completing the prayer I will go to the stall to meet with friends to hang out. That's where we met. Various stories shared include memories while we are still in school. In contrast, now all of us have the responsibility of being the head of the family. However, past memories make us feel just like finish our Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) exams.

22BC4643-BE60-4245-8B0B-02AAFC9B7547.jpeg

Gelak tawa dan gurau senda bersama rakan membuatkan aku lupa tentang segala beban kerja yang ku alami di tempat kerja. Benarlah kata orang tua, selain daripada keluarga rakan adalah salah satu tempat untuk kita mendapat keceriaan dalam kehidupan. Aku juga rasa bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang amat memahami kehidupan ku sebelum ini. Sehinggakan isteri ku sendiri pernah menegurku supaya tidak lupa kepada rakan-rakan ku.

Laughter and jokes with friends make me forget about all the workload I've experienced at work. It is true what our old people was said, apart from family, friends are one of the group for us to have fun in life. I also feel grateful for having a wife who deeply understood my life before. Even my wife always remind and told me for not forget my friends.

8DAAB3B5-493D-4A31-9D85-835DDDA4F520.jpeg

Oleh itu, janganlah kita lupa kepada rakan atau sahabat kita kerana mereka pernah menjadi rakan sepermainan kita dahulu apatah lagi rakan yang sama asal usul dengan kita.

Therefore, dont forget our friends or companions because they had been the playmate with us and the origins of the equal partners with us.

60F9649D-975D-47B9-90B7-C33D550BFA81.jpeg

Sincerely,

@zayyadmikael

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.22
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 66177.69
ETH 3483.33
USDT 1.00
SBD 3.16