Rekaan Sistem Audio Video Teknologi Penyiaran(Broadcasting Teknology) part 2

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Setiap kali perbualan tentang pekerjaan sebagai SI banyak yang bertanyakan contoh rekaan yang pernah saya hasilkan selama ni. Dengan masa yang terluang ini saya lampirkan serba sedikit perkongsian rekaan projek yang telah sempurna dilaksanakan.

Sebelum saya memulakan melakar mahupun melukis rekaan , terlebih dahulu haruslah ada rangka sistem apa yang harus direkakan. Contohnya menyenaraikan berapa lukisan sistem yang sepatut dihantarkan untuk pengesahan bagi pihak Jurutera yang bertauliah.

Sistem Utama:-

  1. Sistem Diagram Video
  2. Sistem Diagram Audio
  3. Sistem Diagram Network
  4. Sistem Rak Peralatan
  5. Sistem Kawalan
  6. Sistem Pendawaian Elektrikal
  7. Sistem Editing Video
  8. Sistem Meja Konsol.

Kebaikkan menyenaraikan lukisan lukisan juga dapat mengenal pasti kerja yang harus didahulukan. Selain itu lukisan rekaan dapat diperiksa agar tiada lukisan yang terlepas pandang.

1. Sistem Diagram Video.

Dalam membentuk sistem diagram video, SI harus menerangkan lebih jelas input dan output peralatan yang dibekalkan. Pendek kata lukisan rekaan senang dibaca oleh semua pengguna terutama sekali untuk pendawai teknikal.
contohnya :

INPUT————— ROUTER—————OUTPUT

INPUT————AMPLIFIER—————OUTPUT

KAMERA——————ROUTER—————MONITOR

KAMERA--PATCH PANEL--AMPLIFIER--VIDEO SWITCHER---MULTIVIEWER---MONITOR

Senaraikan juga peralatan yang bakal diguna untuk rekaan setiap sistem. Terdapat pelbagai jenama kamera,patch panel, video router, video switcher, video router, multiview dan monitor di pasaran. Contoh jenama yang sering kali disebut adalah jenama Sony,Panasonic, Four-A, SAM ,Harris ,Blackmagic Design, dan sebagainya. Untuk lebih lanjut sila cari di sesawang google dan taip Broadcasting Video untuk pencarian.

![Image of Video Sistem Desk all rights by @voltranrex steemit]
MYTV FMPC 02

![Image of front view Video Editing Sistem all rights by @voltranrex steemit]
MYTV_FMPC_03

Sort:  

Bang. Golongan bahasa Malaysia tengah mencadang untuk membangkitkan post blog bahasa. Demi itu, nanti kita mulakan curahan pengikut. Nanti kita sembang dekat telegram.

Coin Marketplace

STEEM 0.27
TRX 0.11
JST 0.030
BTC 69650.24
ETH 3776.55
USDT 1.00
SBD 3.44