DANTE (DIGITAL AUDIO NETWORK THROUGH ETHERNET)
Bagi penggemar muzik atau gemar dengan gadjet-gadjet terkini untuk peralatan muzik terkini ikuti paparan seterusnya. Topik ini akan menambah lagi koleksi pengetahuan anda tentang revolusi teknologi audio pada masa kini. Pernah kah anda mendengar DANTE atau nama penuhnya Digital Audio Network Through Ethernet. Sebelum meneruskan pembacaan anda, terlebih dahulu perlu anda ketahui bahawa DANTE adalah satu kombinasi software,hardware dan rangkaian protocol yang membolehkan penghantaran bahan audio tanpa memampatkan bahan audio, ke pelbagai saluran ,latensi digital audio yang rendah melalui standard rangkaian ethernet paket lapisan 3 Internet Protokol(IP).
Wujudnya DANTE banyak memberi kebaikan seperti yang disenaraikan ,
Penggunaan yang mudah.
Untuk penggunaan seperti pengagihan saluran (Routing) dan penyenggaraan sistem adalah sangat cepat dan mudah difahami. DANTE juga mempunyai keistimewaan dari segi kelenturan dari segi kendalian. Ini adalah kerana dengan DANTE ini boleh mengenali secara sendirinya setelah bersambungan di satu rangkaian ethernet. DANTE juga membolehkan anda menukarkan ataupun menamakan saluran yang dipilih dengan hanya menggunakan tetikus anda. Paling menarik lagi Software Dante Controller boleh dimuat turun dengan percuma.Satu standard yang diterima pakai untuk semua Audio Sistem.
Dengan adanya DANTE semua digital audio dapat disalurkan secara segment paket dengan hanya melalui satu kabel cat6. Bukan itu sahaja malahan DANTE adalah hanya satu software yang boleh berhubung dengan mana mana digital audio mixer tidak kira jenama apa pun.Penggunaan sistem kabel dapat dijimatkan.
Sebelum adanya DANTE satu audio disalurkan untuk satu kabel. Bayangkan jika kabel tersebut disimpulkan dan diikat rapi maka kabel menjadi berat dan pengurusan kabel juga menjadi masalah seterusnya. Tapi dengan DANTE kabel kabel tersebut cuma perlu ditukarkan dari kable analog ke kabel cat 6 seterusnya ke rangkaian ethernet. Kabel kabel hanya banyak berikat simpul pada rangkaian ethernet manakala cuma perlu satu kabel sebesar cat6 atau fiber optik terus ke Audio Mixer yang mempunyai DANTE slot.Sistem boleh dikembangkan secara berskala.
Jika satu sistem tidak berskala maka agak sukar untuk pengguna menentukan budjet dan sejauh mana sistem audio tersebut boleh diguna pakai. Perlu diingatkan bahawa setiap sistem yang dicipta sentiasa ada had nya. Bergantung dengan anda bagaimana untuk mecipta rekaan yang bersesuaian untuk keperluan lokasi dan fungsi majlis tersebut.Kualiti Audio yang terbaik.
Tidak dinafikan bahawa dengan audio digital maka kurang lah gangguan dari frekuensi yang tidak diperlukan.Tiada gangguan dari segi Crosstalk dari kabel yang lain.Boleh diintegrasi penuh melalui Windows dan MAC.
Perisian media pemain audio digital workstation ,software berhubung secara talian seperti Skype dan aplikasi lain mudah diintegrasikan ke dalam rangkaian dengan menggunakkan DANTE VIRTUAL SOUNDCARD atau dengan modular Dante PCIe kad. Semua perkakasan ini disokong penuh ASIO dan WDM pada windows. Manakala pada Mac OS X pula disokong dengan Core Audio.
You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness