Self Service : Engine Oil

in #teammalaysia6 years ago

Hello everyone,

Macam biasalah kalau suda sampai masanya atau sudah lebih beberapa kilometer memang kita perlu servis kereta. If tak ada masalah serius setakat sikit2 boleh ba tu kita buat sendiri. Tau saja la ekonomi sekarang ni mcm mana jadi perlu juga save sikit. Tapi kalau tidak tau langsung, better pergi workshop la daripada nanti lain yang jadi.

Servis kereta ni kalau masih baru memang la ada free servis tapi kalau sudah abis, it's up to us la still mau servis di pusat servis/bengkel rasmi mengikut jenama kereta kita. Tapi mcm biasa la costs dia memang agak lebih sedikit. Bagi yang mau, tak ada masalah lagipun selesa boleh kupi2 makan kuih lagi kalau di sana sambil kena2 aircond tgok tv menunggu kereta siap. Kalau di luar memang x la dpt semua tu.

Okay in this entry, cerita pasal tukar engine oil/motor oil/minyak hitam. Kalau sudah pekat ka apa lebih mileage disarankan untuk bawa2 la tukar. Macam saya buat sendiri tapi tempat nut dan oil filter memang berbeza mengikut jenis kereta.
image

Kalau Viva, di tempat ada spanar tu yg kau mau buka. Oh ya sebelum lupa, makesure minyak yang dibeli bersesuaian dengan jenis kereta dan ada 3 jenis iaitu mineral, semi synthetic dan full synthetic. Okay balik pegi topik, sebelum buka habis makesure sediakan apa2 bekas untuk menadah minyak, takkan la biar tumpah di lantai kan.
image

Biarkan ja dia sampai la tiada lagi mengalir, sementara tu kita tukar la oil filter. Oil filter ni kalau tukar minyak hitam, belilah skali benda ni okay.
image

Tu nah yang putih tu la oil filter. Sudah tukar tu dan minyak pun sudah kosong tak ada lagi mengalir, boleh la pasang semula nut tu dan turunkan jacks. Lepas tu isilah minyak yang baru dan jangan tuang abis, check tu penyukat pastikan jangan lebih dari paras F.

Sudah semua tu, siap la. Selamat mencuba!

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.13
JST 0.027
BTC 58445.95
ETH 2616.08
USDT 1.00
SBD 2.41