Isnin

in #teammalaysia6 years ago

Yes Isnin, sebab apa Isnin sebab hari ini hari Isnin dan entri ini ditulis pada hari Isnin. Ada apa dengan Isnin? Sebenarnya tidak ada apa-apa juga sama sahaja cuma macam biasalah Isnin adalah hari pemula minggu baru kalau dekat sini. Hari Isnin juga adalah hari pertama selepas bercuti hujung minggu dan untuk kembali bekerja memanglah agak malas di situ. Perkara ini juga dikenali sebagai Monday Blues. Tapi tidak semua merasainya, yang merasai Monday blues or whatever ini adalah orang yang bekerja office hours di mana mereka bekerja Isnin-Jumaat atau pun ada sebahagian sehingga Sabtu, setengah hari. Orang lain seperti yang bekerja di dalam retail, hotelier dan sebagainya, tiada rasa seperti ini. Tidak tahulah mungkin bukan semua tapi mesti ada certain yang tidak peduli tentang hari Isnin. Ia bukanlah satu hari perayaan atau untuk bersuka ria. Tiada yang istimewa juga. Mereka yang di dalam retail atau hotel dan sebagainya, mereka bekerja tanpa mengenal hari dan masa bekerja. Mereka mungkin tidak begitu merasa bagaimana bercuti hujung minggu kecuali mereka request. Kebanyakan tempat retail atau mana2, jarang sekali pekerja diberi cuti pada hujung minggu kerana pada hari beginilah ramai pengunjung dan masa untuk mendapat sales yang tinggi.
image
Apa-apa pun kita sarapan dulu. Tidak kiralah bekerja hujung minggu ka atau kena hadap Monday Blues atau sebagainya, sebenarnya itu cuma dari kita sendiri yang terpengaruh dengan satu budaya yang dicipta. Kalau ikutkan tidak ada apa2 pun semua sama sahaja. Terpulanglah kepada individu itu sendiri yang penting semua mencari rezeki yang halal. Till the next entry, see ya!

Sort:  

Susunan kalimatnya sangatlah bagus. Setelah saya baca post anda. Saya hampir terhipnotis dengan bagusnya kalimat yang anda susun. Keren bro

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 64689.90
ETH 3450.92
USDT 1.00
SBD 2.50