Baikpulih kereta lama #1

Aku sudah bercadang nak restore kereta lama aku dari awal bulan 3 lagi.

Tapi atas faktor masa yang tidak mengizinkan, aku tak sempat nak bawak kereta pergi ke mana-mana bengkel untuk check apa parts yang perlu ditukar.

Jadi untuk sementara, aku buat apa-apa minor items yang aku boleh buat.

Benda pertama yang aku tukar, adalah dua biji tayar belakang. Tayar yang sedia ada sudah terlalu lama. Rasanya sudah lebih 5 tahun umur tayar yang dipakai sekarang.

Sebiji tayar belakang sebelah kiri sudah pecah, dan dah lebih dari sebulan aku masih lagi pakai tayar spare :p

IMG_20180414_124109.jpg

Aku ambil dua biji tayar secondhand untuk mengantikan dua tayar belakang. Cost bagi sebiji tayar termasuk upah pasang adalah RM50. Secara total, aku dah belanjakan RM100 utk menukar dua biji tayar belakang.

IMG_20180414_124133.jpg

Selepas selesai menukar tayar. Aku menuju ke kedai tinted di kawasan rumah untuk memasang tinted cermin pula.

IMG_20180414_125838.jpg

Aku selalu ke kedai ni untuk service aircond kereta. Aku suka kedai ni sebab harga service yang berpatutan & staff dia buat kerja cepat.

Aku mengambil UV Tint dengan kadar gelap 80% untuk cermin belakang. Manakala untuk cermin hadapan, aku ambil 60%.

IMG_20180414_130632.jpg

Tapi tinted yang aku pilih bukan jenis yang berjenama. Aku pilih sekadar boleh pakai. Lagipun kereta ni aku pakai untuk ulang alik ke office saja.

IMG_20180414_124210.jpg

Total cost yang dibelanjakan untuk tinted adalah RM150 untuk tingkap dua tingkap hadapan dan 3 tingkap belakang. Bagi aku, harga yang sangat ok.

Dah alang-alang aku buat tinted, aku minta sekali untuk check gas aircond. Sebab rasa kurang sejuk. Dah aku agak, memang gas habis. Cost untuk refill gas aircond adalah RM50.

Hari ni aku dah belanjakan:

  • RM100 untuk dia biji tayar secondhand
  • RM150 untuk UV tinted
  • RM50 untuk refill gas aircond

Jadi secara keseluruhan, aku dah belanjakan sebanyak RM300

PhotoGrid_1523685218771.jpg

Hujung bulan aku cadang nak tukar tayar hadapan, tukar centralized lock dan exhaust.


@rosmadirazali


Sort:  

I like red color car. Red hot chili.

Kereta ni tahan lasak jugak bro :)

Memang sangat lasak. Sudah lebih masuk 11 tahun umur kereta.

Hehe, ini terbukti - kalo kitorg pandai jaga, kereta buatan tempatan pon blh panjang umur :)

Sebaliknya - kalo kitorg pandu kereta kasih hentam aje - kereta kebal pon K.O. XD

Bro ,tinted ni standard harga untuk kenari ke ? Untuk empat pintu ..apa jenis tinted ni?

Kedai ni offer paling murah untuk UV tinted, dpt Rm150. Kalau sekadar tinted biasa, RM100 boleh dpt. Tapi jenama memang tak dpt dikenalpasti :P

Untuk pintu depan & belakang belah kiri kanan. Dengan pintu belakang sekali.

World of Photography
>Visit the website<

Thank you for participating in #smartphonephotography

You have earned 5.05 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.01
Server time: 08:19:52
Account Level: 1
Total XP: 237.05/200.00
Total Photos: 43
Total comments: 8
Total contest wins: 0
And have also received a 0.09 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Do checkout other posts made by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/created/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

We recommended this post here.

We are Discover Steem, if you like our work consider giving us an upvote. :) If you don't wish to receive recommendations under your posts and to be recommended, reply with STOP.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.13
JST 0.029
BTC 64630.77
ETH 3189.08
USDT 1.00
SBD 2.56