Are we there yet - Bangkok

Aku ada tempat yang berada dalam senarai untuk aku pergi melancong. Ada yang didalam negara. Ada jugak di luar negara.

Bangkok, Thailand adalah salah satu daripadanya.

Aku merancang untuk pergi ke Bangkok bersama sahabat karib aku, @fadzlynasir. Kami juga merancang untuk pergi dalam tahun nie.

Mungkin pada bulan 4 atau selepas bulan 8. Kalau aku bermula tugas di tempat baru, mungkin kami akan pergi selepas bulan 8. Kalau tidak, mungkin lebih awal.

Apa-apa pun, aku perlukan sedikit masa untuk mengumpul dana ke Bangkok. Up-to-date, aku baru ada RM300 saja. Jika ikutkan kiraan budget, aku perlukan sekitar RM1900 untuk menanggung segala perbelanjaan seperti:

  • Flight Ticket
  • Hotel (3 days 2 Night)
  • Transportation in Bangkok (Taxi, Bus, boat, etc)
  • Food and beverage
  • Souvenir

Siapa tahu, mungkin dengan upvote dari Steemit, boleh menjana duit bagi menampung perbelanjaan aku :)

Tabung Bangkok :)
IMG_20180203_215721.jpg

Antara tempat-tempat yang aku bercadang nak pergi nanti adalah:

  • Amphawa Floating Market
  • Watch Muay Thai fight at Ratchadamnoed stadium
  • Trying their street food (Only try Halal one)
  • Visit Wat Arun temple
  • Buy souvenir at Chatucak Market

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa pergi dengan kawan. Bukan pergi dengan family? Perancangan asal aku adalah untuk pergi bersama family aku. Tapi disebabkan @irmeyhamidi ada tunggakan PTPTN, dia tak dapat keluar negara.

Aku juga ada bercadang untuk melangsaikan tunggakan PTPTN mengunakan simpanan KWSP aku. Tetapi tak pasti lagi bagaimana dan adakah diterima kaedah pembayaran begitu.

Takpe, satu hari nanti, aku akan bawak @irmeyhamidi melancong keluar negara.


@rosmadirazali

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 59605.49
ETH 2607.69
USDT 1.00
SBD 2.42