Sudahkah kita Merdeka?steemCreated with Sketch.

in #teammalaysia7 years ago

merdeka1.jpg
source

31 Ogos, detik bersejarah laungan kebebasan,
Daripada gengaman penjajah martabat bangsa,
Disilah saya merdeka tapi suaraku kelemasan,
Saya ingin bersorak tapi naluriku terasa.

Sudahkah kita Merdeka?

Jajahan luar bertukar menjadi jajahan minda,
Kami belum merdeka,
Lantang kita bersuara di persada dunia,
Laman bumi pertiwi tidak terpandang juga.

Kulit, agama dan politik masih menjadi pemisah,
Lupakah kita nasihat pejuang bangsa Negara,
60 tahun kita mengejar kemajuan tanpa mengenal lelah,
Kemajuan ilusi tanpa kesedaran sebenar jiwa raga.

Inginku bersuara tetapi disalah tafsir derhaka,
Ampun dipohon patik durjana kasar bahasa,
Tetapi Hang Tuah juga silap tulus setia,
Haraplah kaumku sedar keharmonian mengatasi warna.

Dengan teliti melangkah ke hadapan,
Musuh utama bukan di depan mata,
Minda kita haruslah celik,
Perosak muafakat dikubur dalam jiwa,

Ini bumi bertuah bumi kita,
Tiada lagi persoalan Negara ini milik siapa,
Itulah erti merdeka kepada bangsa kita,
Bangsa Malaysia bangsa saya.

1_malaysia_____merdeka_by_eziara-d2xod6f.png
source

Sort:  

satu benda yg cukup mnarik. sudahkah kita merdeka???
bagi saya, kita belum lagi. biar tulisan ni terpahat di-blockchain steem ni.

  • fikiran: kita masih lagi berfikir tentang kaum, kepentingan kaum tertentu, perbezaan antara kaum walaupun dah lama duduk di bumi yang sama.

  • suara: adakah kita boleh bersuara dengan suatu perkara yang kita tidak setuju dgn lantang? anda jawablah sendiri ;)

  • pelajaran: tak perlu ulas banyak tentang ni, kita boleh lihat sendiri dari sekolah hingga ke universiti. ibubapa perlu kerja keras untuk bayar yuran, beli buku baju dll. sedangkan pelajaranlah satu benda yang menjamin bangsa akan datang. kenapa rakyat yang perlu bayar?

  • semangat: sbg warga malaysia adakah tarikh 31/8 sahaja kita bagai disuntik semangat kebangsaan dan akan luput selepasnya?

Takes strength and courage to speak in this society.

Terikat sudah, tak boleh lantang bersuara ahaha 😭

Tapi realitinya memang semakin gawat untuk semua sektor. Itu je mampu kata

This post recieved an upvote from minnowpond. If you would like to recieve upvotes from minnowpond on all your posts, simply FOLLOW @minnowpond

Congratulations @perennial! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of comments received

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.14
JST 0.029
BTC 64337.17
ETH 3175.09
USDT 1.00
SBD 2.56