NOOB FILM REVIEW - UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

in #teammalaysia6 years ago (edited)

noob.jpg

NOOB FILM REVIEW - UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL

SYNOPSIS

Raja Bersiong yang jahat telah berjaya merampas takhta dari Raja Inderaloka. Harapan terakhir Raja Inderaloka adalah pada sebilah keris sakti Siamang Tunggal.
Raja Bersiong hanya perlu memusnahkan Siamang Tunggal untuk menakluk Inderaloka selama-lamanya. Namun Siamang Tunggal telah berjaya di sorokkan di Batu Belah Batu Bertangkup, tidak diketahui oleh Raja Bersiong.

Hanya dengan Keris Siamang Tunggal ditangan waris yang hak boleh kembali membinasakan Raja Bersiong dan mengembalikan Inderaloka ke pemerintahan Raja.

Fast forward to present time, Upin dan Ipin telah terjumpa dengan Keris Siamang Tunggal di dalam bangsal atuk mereka.

"Dua Sinar Sebagai Petanda, Hilang Gelap Datang Cahaya"

Tulisan pada hulu Keris Siamang Tunggal membuka portal dan membawa Upin dan Ipin ke Inderaloka. Dari sana bermulalah pengembaraan mereka dalam pencarian jalan untuk pulang kembali ke rumah atuk. Namun amanah Keris Siamang Tunggal harus mereka tunaikan dahulu.

REVIEW

Cerita yang mengadunkan secara bijaksana watak-watak dari cerita-cerita rakyat dan juga filem melayu lama. Les Copaque telah membuka lamparan baru dalam filem animasi Malaysia.

Quality animasi adalah pada tahap terbaik namun style Upin dan Ipin yang original masih dikekalkan. Tapi yang paling memuaskan hati saya adalah animasi yang cantik telah digandingkan dengan susunan muzik yang sangat baik. Yang saya tahu, hasil dari rakaman orkestra di Boston, US. Kebanyakan filem sekarang kekurangan sentuhan muzik yang cantik. Pada saya itulah salah satu faktor utama sesuatu filem boleh kekal didalam memori seseorang selepas tamat menonton.

Setiap babak di iringi dengan soundtrack yang bersesuaian dengan situasi dan tidak berbunyi stock atau generic. Memang ukiran hebat dari komposer.

Gerakkan camera yang tidak keterlaluan dan memeningkan kepala hasil dari storyboarding yang mantop. Special Effects well done.

Animasi yang juga mantop. Takde cacat celanya. Paling menjadi adalah lakonan suara, lebih2 lagi dari Raja Bersiong yang memang mempunyai gelak jahat yang paling epik. Saya rasa character Raja Bersiong adalah yang paling menjadi. Lakonan suara dan animasi sangat sebati.

Banyak juga pengajaran2 yang disampaikan dalam bentuk yang sangat kreatif bagi golongan kanak2. Kalau tak paham boleh tanya mak atau abah ye hehe.

Cuti sekolah dah dekat! Memang sesuai untuk tontonan keluarga. Filem yang sangat cantik, Susuan lagu yang sedap dan story pacing yang tidak ada saat yang bosan.

Rating 4.5/5!

p/s : Tontoni di Atmos Hall kalau berpeluang...anda tidak akan menyesal!

Tunggu Post Credit Scene!

Sort:  

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by Naz from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 63191.06
ETH 2551.41
USDT 1.00
SBD 2.65