Noob Film Review - Lang Buana (2003) oleh Mamat Khalid

langbuana4.jpg

Pangkah. Silang. Salah.

Inilah sistem yang telah kita resapi semata-mata untuk merdeka. Dan dengan persetujuan ini dan globalisasi perdagangan, segala apa benda pun bebas untuk keluar masuk. Walau macam mana kita persetankan penjajah-penjajah dahulu, kita terima dengan tangan terbuka 'hadiah-hadiah' dari mereka.

Nah Smartphone. Nah Internet. Nah kebebasan bersuara.

Maka terciptalah kata-kata indah berbunyi "Ini wall aku sukahati aku lah nak cakap apa".

Sudah lupakah apa P.Ramlee kata "Bahasa menunjukkan bangsa"?

Dengan keterbukaan ini, pada tahun 1998 terhasilah karya agung yang diberi nama SHIT. Kata-kata puitis dan olahan indah menetak ummah terbelah dua maka bolehlah kita memangkah yang mana kita suka.
Sistem yang secara terbuka mewajibkan perpecahan. Setiap perbezaan dijadikan berhala diusung tinggi-tinggi dan dihias supaya boleh dibandingkan dengan yang lain.

Bertanjak tinggi bersilang keris memperjuangkan bangsa, namun bahasa ikut tang siapa? Memang Melayu takkan hilang tetapi melayu tang mana yang tinggal?

langbuana3.jpg

Enter Datuk Merewang (Seniman Kuswadinata). Tanjak yang tinggi selayaknya dengan budi bahasa dan adab. Walaupun dilihatnya dari pemakaian Si Gunung, Si Daik dan Si Bercabang tidaklah seperti perutusan dari Istana Sultan untuk berperang dengan Sang Nira, namun disembah dan disambut dengan tiada kurangnya dengan sambutan seorang putera raja.

Kita penonton pasti ingat Datuk Merewang ni bodoh kerana mempercayai putera palsu, beliau tetap melayan ketiga-tiga pemuda itu dengan baik. Setelah dia membuat jelajah mencari bantuan perang dari negeri ke negeri, jelas Datuk Merewang sudah tahu dari awal yang Si Gunung, Si Daik dan Si Bercabang memanglah bukan perutusan dari istana Sultan. Harapan menggunung untuk melawan Sang Nira akhirnya jatuh hancur berderai.

Memang bodoh rupanya Datuk Merewang ni. Harap budi bahasa dan adab sahaja.

Namun dipengakhiran, Sultan tiba ke Lang Buana dan terdedahlah indentiti sebenar Si Daik yang beliau sememangnya putera Sultan. Dari sini kita akhirnya tahu yang Datuk Merewang sebenarnya sudah mengetahui Daik sememangnya Putera Sultan dari detik mereka berlabuh. Siapa lagi kalau tidak perutusan dari Sultan datang dari jauh tepat pada masa dan ketikanya.

Ujian hadiah peti harta dari Datuk Merewang sebenarnya untuk melihat reaksi mereka. Sungguhnya orang istana tidak akan terkejut melihat harta. Namun Daik harus tetap berlakon. Perang terhadap Sang Nira dan mulut tempayan Kiambang pasti akan tersebarnya berita Putera Sultan sudah berada di Lang Buana dan strategi perang 'shock and awe' tidak akan menjadi. Dan tutur adab Datuk Merewang bukanlah kosong tapi berisi. Bak kata pepatah indah "resmi padi, makin tunduk makin berisi".

Sultan pun tiba ke Lang Buana kerana memang sudah tahu putera baginda ada disana. (just as planned)

Tapi dini hari ramai Kiambang dimana-mana. Tanjaknya sama besar dan tinggi dengan Datuk Merewang tapi akal dan adab tak setinggi mana.

Gunalah "hadiah-hadiah" dari Frank Mockingpower yang dibawa masuk oleh Orang Kaya Bentan dengan bijaksana sebagaimana bijaksananya Datuk Merewang dan bukan Kiambang.

Nah Smartphone. Nah Internet. Nah kebebasan bersuara.

Sort:  

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 62984.76
ETH 2472.53
USDT 1.00
SBD 2.55