NOOB FILM REVIEW - Busut Bonang by Khalid Nadzri

Busut Bonang.jpg

SYNOPSIS

Cerita mengenai Lutfy yang tak berapa berjaya dalam perniagaan asam beliau mencari dan mendapat perkerjaan lain dan lebih lumayan sebagai krew dalam 'one-man-show' penyiasat paranormal dikepalai oleh Joey.

Dalam pada masa yang sama, Cikgu Hassan telah mati secara misteri berhampiran sebuah busut. Anak perempuan beliau telah menghubungi Joey dan meminta pertolongan untuk 'Merungkai Misteri' yang kemunculan lembaga berupa Cikgu Hassan dilihat berkeliaran di Kampung Bonang.

SPOILER REVIEW

Dalam satu artikel, penulis telah meletakkan filem ini seiring dengan Hantu Kak Limah oleh Mamat Khalid mungkin dalam percubaan untuk menarik khalayak penonton yang sama. Mungkin bagi sesetengah penonton yang mengikuti trend Aloy Paradoks dan sebagainya boleh memahami lawak yang disampaikan dalam filem ini. Namun tidak bagi saya yang tidak follow trend.

Watak Ngah Ali setiap kali menyampaikan simpulan bahasa yang tidak pernah saya dengari. Watak Julia anak Cikgu Hassan yang macam tidak pernah sedih atas kematian ayahnya.

Pada babak pertama filem, Lutfy yang telah menjadi krew ditunjukkan. Saya ingat ianya sebagai satu intro untuk saya memahami filem, tapi setelah babak yang sama dimainkan pada hampir penghujung filem, saya gagal untuk mengaitkannya.

Dan pada pengakhiran filem, babak hitam putih menunjukkan seorang tua bermain Bonang disebelah busut dan bercakap dengan seorang lelaki muda tentang sumpahan busut? Siapakah orang tua itu? Adakah lelaki muda itu Cikgu Hassan dimasa muda?

Adakah Cikgu Hassan menyimpan saka yang boleh menyamar sebagai dirinya dan menarik anaknya Julia ke alam bunian? Sebagai apa? Sebagai korban saka busut? Apakah kaitan Bonang dalam semua ini?

Walaupun saya mempunyai banyak persoalan dan tidak sekali pun ketawa sepanjang filem, dua orang kakak yang duduk dibelakang saya tidak berhenti ketawa. Disini saya tahu lah yang mungkin saya tidak follow trend semasa.

Tetapi dari segi meletakkan filem ini seangkatan filem Hantu Kak Limah seperti mana penulis artikel tersebut hendak mem'promote'kan filem ini, secara peribadi saya berpendapat filem ini masih jauh jika mahu dibandingkan dengan filem-filem Mamat Khalid, yang mengandungi sindiran sinis, tapi masih boleh menghiburkan walaupun tidak memahami apakah subtext sebenar sindiran.

Namun pujian kepada team produksi. Satu filem yang mempunyai audio visual dan set yang cantik. Kudos!

Thanks for dropping by!
@teammalaysia
#teammalaysia

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Coin Marketplace

STEEM 0.28
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 66439.14
ETH 3005.38
USDT 1.00
SBD 3.68