Brader, Kita Mesti Terus Hidup!

8A2FEFAF-C5BD-4276-9671-583ABDA17326.jpeg

‘Kepalatan’ dan lagi ‘kepalatan’

‘Kitab Kuning’ berjudul ‘Pemberontak Filem’ sebenarnya diterbitkan selepas naskah panas ‘Kitab Merah’ ini berjudul ‘Brader, Kita Mesti Terus Hidup’.

Pedas, Panas dan merungkai cerita-cerita dalam industri perfileman Malaysia dari akhir 80an ke pertengahan tahun 1998, dari catatan pengarah dan pemberontak filem, Nasir Jani.

Catitan dari sebuah buku lejar, menceritakan keluh kesah dan liku-liku kehidupan sebagai seorang seni yang hanya ikhlas ingin berkarya dan menaikkan martabat seni bangsa. Tetapi benarlah kata-kata Najib Razak, ‘Cash Is King’.
FFC6A0D6-C31A-4EB3-9516-A72417FD0F26.jpeg
Salah satu titik hitam yang dirungkai oleh Nasir Jani ialah ‘kepalatan’ yang berlaku pada awal 90an bila FDAM ditubuhkan, dan Tok Mat Menteri Penerangan bermain ‘smoke screen’ dengan meniup kontroversi rambut panjang dikalangan artis. Hanya untuk menutup ‘kepalatan’ beliau dengan menyedut peruntukkan kerajaan sebanyak 400 juta untuk RTM. Hampir kesemuanya hangus ke tangan HVD dari Hong Kong.

Anak seni bangsa sendiri terbiar kering kontang.
9CB4C982-CF17-4695-8B27-04DB74DC439E.jpeg
Itu baru satu cerita. Kisah cermin pintu Ibu Pejabat FINAS pecah, umpan perangkap dadah dari ‘tangan ghaib’, sehingga kontroversi temuramah LIVE Teleskop.

Nasir Jani redha. Bersama teman-teman seni seangkatan meredah arus cabaran. Dari Kuala Lumpur, keluarga terpaksa berpindah kembali ke kampung di Alor Gajah sambil masih vokal terhadap segala mainan dari ‘tangan ghaib’ yang ingin menutup terus mulut dan periuk nasi pemberontak, ada dengan cara kasar dan ada juga dengan cara lembut gemalai.

Namun hati masih ikhlas berjuang. Walaupun rezeki terhad, drama untuk TV yang sudah siap, di tolak untuk tayangan di TV3 oleh ‘tangan ghaib’.

‘Kitab Merah’ bermuka surat 254 ini walaupun tidak setebal mana, namun cerita-cerita perjuangan dan air mata, menunjukkan hingga ke hari ini, walaupun sudah bertukar wajah, ‘kepalatan’ masih berlaku pada industri.

Syyhhh. Rahsia.
F9B1D2D5-A9C0-4723-9486-912979DEDB5F.jpeg

Sort:  

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by Naz from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 63126.26
ETH 2596.37
USDT 1.00
SBD 2.76