Kumpulan Darah ABO

in #teammalaysia6 years ago

Pembahagian jenis darah mula-mula ditemui oleh Karl Landsteiner dari Austria pada tahun 1901. Pembezaan darah amat penting untuk mengelakkan tindak balas yang tidak diingini semasa transfusi darah. Jenis-jenis darah termasuklah A+, A-, B+, B-, AB+, AB-, O+ dan O-. Kewujudan faktor rhesus membuatkan darah anda positif (+) dan negatif jika tiada.

  1. Manusia yang berdarah O positif adalah yang paling ramai di dunia dan AB negatif merupakan yang paling sedikit.

  2. Mereka yang berdarah O hanya boleh menerima darah jenis O sahaja tetapi boleh menderma darah kepada semua jenis tidak kira A, B, AB atau O. Darah jenis ini dipanggil 'Penderma Universal'.

  3. Manakala darah jenis AB hanya boleh diderma kepada mereka yang berdarah AB sahaja tetapi boleh menerima semua jenis darah. Darah jenis ini dipanggil 'Penerima Universal'.

  4. Seorang dewasa mempunyai isipadu darah sekitar 4-5 liter.

  5. Setiap proses pendermaan darah akan memerlukan 1 pint darah iaitu sebanyak 450ml. Dan badan anda akan menggantinya semula secara semula jadi.

  6. Setiap manusia akan kitar semula darah merah yang berada di dalam badan setiap ~120 hari.

Si ibu berdarah A, si bapa berdarah B tetapi si anak berdarah O. Pelik? Ia boleh terjadi. Kerana pembahagian genetik. Si ibu berkemungkinan mempunyai genetik (A)(O), dan si bapa (B)(O), jadi si anak boleh terhasil dengan genetik (O)(O).

Masih ramai tidak sedar akan kepentingan pendermaan darah. Ia amat diperlukan dalam kes-kes kecemasan seperti kemalangan jalan raya, ibu bersalin dan pembedahan. Penting untuk menyelamatkan nyawa.

Ayuh berbakti kepada masyarakat dengan menderma darah. Anda mampu mengubahnya!

Sumber :

https://www.britannica.com/science/ABO-blood-group-system

https://www.livescience.com/36559-common-blood-type-donatio…

https://www.healthline.com/hea…/how-much-blood-in-human-body

https://www.redcrossblood.org/le…/blood-facts-and-statistics

http://ib.bioninja.com.au/…/34-in…/modes-of-inheritance.html

  • Kanzi
Sort:  

Halo, apa kabar @menatam? Kami upvote ya..

Khabar baik. Terima kasih upvote.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 59708.78
ETH 3185.76
USDT 1.00
SBD 2.45