KEMATIAN BOB MARLEY SIMBOL KETAATAN BELIAU PADA RASTAFARIAN

in #teammalaysia6 years ago (edited)

29136914_153808971972727_5263637373433361156_n.jpg

Buat peminat musik terutama alunan musik reggae pasti akan kenal dengan susuk legenda yang bernama Bob Marley atau nama sebenar beliau Robert Nesta Marley. Beliau yang lahir pada tahun 1945 telah mati pada 11 May 1981 pada umur 36 tahun pada ketika karier musik beliau sedang berada dikemuncak dunia dan beliau mati dibunuh oleh malignant melanoma iaitu sejenis kanser kulit.

Penyakit kanser ini berjaya dikesan pada tahun 1977 selepas doktor merawat luka pada jari kaki Bob Marley yang cedera dalam permainan bola sepak. Pada ketika itu doktor menasihati beliau untuk memotong sebahagian jari kaki beliau yang dijangkiti bagi menghalang sel kanser dari terus merebak tetapi di tolak oleh Bob Marley kerana kengkangan agama yang dianuti beliau iaitu Rastafarian.

Sebagai penganut setia Rastafarian, beliau mempunyai kepercayaan yang tinggi dalam hal pemotongan bahagian anggota badan seperti yang disebut dalam kitab bible rujukan 21:5 yang berbunyi:
"They shall not make baldness upon their head, neither shall they shave off the corner of their beard, nor make any cuttings in the flesh."

Dalam ayat yang terakhir ini, ia melarang sebarang potongan dibuat terhadap anggota badan dan kepercayaan inilah yang digegang utuh oleh Bob Marley. Pada bahagian awal potongan ayat ini jugalah yang membawa kepada gaya dreadlock yang begitu sinonim dengan pembawakan gaya rambut Bob Marley.

Rastafarianism mengajarkan bahawa kematian adalah tidak pasti dan orang yang benar-benar kudus (taat) akan memperoleh kehidupan tubuh badan yang abadi tetapi dengan mengakui terhadap sesuatu kematian, penganut itu akan terdedah kepada kematian dengan cepat. Dipercayai dengan kepercayaan ini jugalah yang membuatkan Bob Marley tidak pernah menulis sebarang wasiat yang membawa kesukaran untuk membahagikan asetnya selepas kematian beliau.

Pada pertengahan tahun 1980 sel kanser telah pun merebak ke seluruh badan beliau dan ianya telah dikesan selepas beliau telah jatuh pengsan ketika jogging di Central Park New York. Pesembahan terakhir beliau adalah di Pittsburgh pada September 1980 dan persembahan beliau ini di tayangkan pada 2011 dengan tajuk "Bob Marley and the Wailers Live Forever".

Selepas kejadian yang berlaku di Central Park beliau telah membatalkan kesemua konsert jelajah beliau dan terbang ke German untuk mendapatkan rawatan dari seorang doktor bekas tentera Nazi iaitu Dr Josef Issel dimana rawatannya selari dengan kepercayaan Rastafarian dimana beliau perlu mengamalkan beberapa diet pemakanan dan juga rawatan secara spiritual. Gambar dibawah ini merupakan gambar saat terakhir hidup beliau ketika mendapatkan rawatan dari Dr Josef Issel.

Ketika rawatan, sel kanser telah pun merebak ke bahagian otak dan beliau telah digegaskan terbang ke Jamaica untuk menghabiskan sisa hidup beliau disana tetapi masa tidak bersama dengan beliau kerana terpaksa mendarat di Miami pada 11 May 1981 tempat dimana Bob Marley menghembuskan nafas terakhir beliau. Ayat terakhir beliau kepada anaknya Ziggy Marley adalah "money can't buy life".

Ikuti artikel seterusnya terhadap cubaan untuk membunuh Bob Marley dan teori konspirasi yang menyelebungi kematian beliau.

  • Kongkang

http://www.nme.com/blogs/nme-blogs/bob-marley-die-2097947
http://biography.yourdictionary.com/…/how-did-bob-marley-di…
https://repeatingislands.com/…/a-death-by-skin-cancer-the-…/

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 59708.78
ETH 3185.76
USDT 1.00
SBD 2.45