Great White Shark - Ego?

in #teammalaysia6 years ago

1280px-White_shark_(Carcharodon_carcharias)_scavenging_on_whale_carcass_-_journal.pone.0060797.g004-A.png

Dengan nama saintifiknya, Carcharodon carcharias, ia adalah antara haiwan yang paling digeruni kerana rupanya yang menakutkan dan kes-kes kematian akibat digigitnya.

Ada beberapa fakta menarik tentang jerung ini termasuklah :

  1. Saiznya boleh mencecah 6 meter panjang dan berat sekitar 2,000 kg.

  2. Ia merupakan antara ikan yang hidup paling lama iaitu sehingga 70 tahun atau lebih.

  3. Dan, kelajuan ia berenang adalah sekitar 56 km/h. Boleh tahan laju.

Namun, jerung sering disalah erti sebagai haiwan yang ganas. Mengikut statistik, di Amerika Syarikat, hanya satu kematian dicatat setiap 2 tahun akibat diserang ikan jerung.

Pernah lihat jerung spesis ini (Great White Shark) di Aquaria? Atau mana-mana tempat lindungan hidupan air?

Mungkin tidak. Kerana paling lama seekor Great White Shark direkod dapat hidup dalam tempat perlindungan adalah selama 44 hari. Ada beberapa teori yang boleh menerangkannya.

  1. Ia akan mengalami kemurungan (depression) jika dikurung.

  2. Jerung ini tidak mahu diberikan makanan kerana ia mahu memburu sendiri. Jadi, mereka mati kelaparan.

  3. Air yang digunakan untuk menyimpan jerung ini tidak dapat menyamai keadaan yang sama seperti di laut.

Sumber :

https://en.wikipedia.org/wiki/Great_white_shark

https://www.sharkbookings.com/why-great-white-sharks-canno…/

  • Kanzi

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.13
JST 0.026
BTC 58216.02
ETH 2614.69
USDT 1.00
SBD 2.45