Menu Puasa ke 5; Nasi impit Lontong dan Tauhu Sumbat

in #teammalaysia6 years ago

Salam Ramadhan semua warga Steemian. Tahun nie sy dan suami sepakat untuk masak sendiri lauk pauk berbuka serta sahur. Ini kerana ingin berjimat cermat serta kurang berpuas hati dengan lauk pauk yg di jual di pasar ramadhan. Maaf la agak lama saya tak menulis blog kerana tiada mood hehe.
Ok menu hari ini adalah lontong di makan bersama dengan nasi impit dan sambal ikan bilis serta tauhu sumbat.
IMG_20180522_200152.jpg
Nasi impit bersama kuah Lontong dan sambal ikan bilis

IMG_20180522_192224.jpg
Tauhu sumbat

Disini saya sertakan sekali resepi Lontong dan Sambal ikan bilis serta tauhu sumbat.

Kuah Lontong;
Bahan-bahan:
1 ketul tauhu
1 paket sayur fucuk dan suhun
Pilihan sayuran (carrot,baby corn,potato,kacang buncis) nak tambah lagi pun boleh
1 kotak santan kara
1 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-caranya;

  1. Nasi Impit sy guna yg mini kerana cepat masak dan tak membazir jika tak habis. Rebus sehingga masak.
  2. Rebus telur ayam 2 biji. Ketepikan.
  3. Potong dadu tauhu dan gorengkan hingga garing sedikit.
    IMG_20180522_163258.jpg
  4. Potong kecil bawang kecil dan putih. Potong semua sayur-sayuran dan masukan ke dalam periuk.
    IMG_20180522_163045.jpg
  5. Masukkan santan kotak dan sedikit serbuk kunyit. Nyalakan api sederhana dan kacau selalu.
    IMG_20180522_163254.jpg
  6. Apabila sayuran sudah masak boleh letakkan sayur fucuk dan suhun. Masukan juga tauhu yg digoreng kacau lagi.
    IMG_20180522_165014.jpg
  7. Letak garam secukup rasa. Siap.

Resepi sambal ikan bilis rangup
Bahan-bahan;
Pes sambal (yang nie saya da buat awal2 sebelum puasa)
Serai
Ikan bilis goreng dahulu
Asam keping
Bawang besar
Gula melaka
Garam secukup rasa

Cara-cara;

  1. Guna semula minyak yang di goreng ikan bilis tadi masukkan pes sambal serta serai yang diketuk.
    IMG_20180522_163617.jpg
  2. Setelah pecah minyak, masukkan bawang besar dan asam keping.
  3. Kemudian masukkan gula melaka dan garam secukup rasa.
    IMG_20180522_164003.jpg
  4. Masukkan ikan bilis kacau sekejap dan tutup api. Siap!.

Resepi tauhu sumbat

Bahan2;
2 ketul tauhu
Sayur timun dan taugeh
Sos cili Thai

Cara-cara;
1 . Potong tauhu bentuk segi tiga dan goreng kan

  1. Angkat dan sejukkan. Potong bahagian tengah tauhu untuk masukkan timun dan taugeh.
    IMG_20180522_200222.jpg
  2. Masukkan timun dan taugeh.
    IMG_20180522_165549.jpg
  3. Dihidangkan bersama sos cili Thai. Siap!
    IMG_20180522_192224.jpg

Selamat menjamu selera.

Sort:  

World of Photography
>Visit the website<

You have earned 6.50 XP for sharing your photo!

Daily Stats
Daily photos: 1/2
Daily comments: 0/5
Multiplier: 1.30
Block time: 2018-05-22T12:36:06
Account Level: 1
Total XP: 102.50/200.00
Total Photos: 19
Total comments: 1
Total contest wins: 0
And have also received a 0.09 percent upvote.

Follow: @photocontests
Join the Discord channel: click!
Play and win SBD: @fairlotto
Daily Steem Statistics: @dailysteemreport
Learn how to program Steem-Python applications: @steempytutorials
Developed and sponsored by: @juliank

awww,,,, jadi lapeerrrr

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.16
JST 0.032
BTC 59304.77
ETH 2534.68
USDT 1.00
SBD 2.41