Jadi Isteri dan Ibu Tak Boleh Malas, Kena Bijak Pandai, Kena Kuat dan Jangan Emosi

in #teammalaysia7 years ago

Lately banyak sangat baca cerita macam-macam di Facebook page Kisah Rumah Tangga. Saya tidaklah ikut sangat cerita di dalamnya, apatah lagi Like dan Follow page tersebut. Tetapi apabila kawan-kawan repost di wall mereka, tanpa disedari saya pun ikut terbaca sekali. Macam-macam cerita sebenarnya, daripada yang baru kahwin sampai ke yang dah lama kahwin. Cerita pasal suami ada perempuan lain lah, tak kasi nafkah lah, pukul tibai lah.

Namun begitu, cerita yang saya baca baru-baru ini menarik minat saya. Ia adalah cerita tentang seorang isteri yang merupakan seorang suri rumah tangga (SAHM). Dia bertanya adakah tugas si suami hanya bekerja sehingga mengabaikan anak dan isteri di rumah? Pada suatu malam dia tak larat sangat nak bangun buat susu anak, dan apabila dia meminta suaminya bantu, diherdiknya dengan kata-kata "AKU KERJA ESOK!"

Lantas dia pun rasa keliru dan bertanya pada para pembaca di manakah erti sebenar tanggungjawab seorang suami pada isteri dan rumahtangga?

Okay biar Kak Long tolong jawabkan ye.

First and foremost, jadi isteri dan ibu ni TAK BOLEH MALAS. Eh eh nanti, jangan sentap dulu! Let me explain. Okay I know si isteri memanglah tak malas dalam cerita ni. Dari gaya cerita memang dah habis pulun dah kerja-kerja rumah dan anak-anak sampai tak tersempat pun nak mandi dan terberak. HAHA. This one is true, I cannot deny. Memang seorang ibu dan sembelit itu tidak boleh dipisahkan sampai boleh jadi kawan baik. Saya sendiri pun dah bertahun terbiasa dengan hal-hal berak tak berak ni. Kalau terasa nak berak pagi tapi anak merengek, takpe boleh berak petang. Kalau petang baruuuuuu je masuk jamban nak terberak, tiba-tiba anak dah bangun nap, takpe je boleh berak malam. Kalau malam suasana dah tenang damai tiba-tiba takde pula rasa nak terberak, takpe boleh je berak besok! HAHAHA. Serious lah? Exaggerate benor Kak Long ni! But really, alah bila dah ada anak, apa pun dah tak jadi hal. Segala masalah dunia jadi small matter, termasuklah hal berak tak berak ni. Kalau dah tak tahan sangat nak berak, pergi jelah berak alahai tahan-tahan buat apa. Sekejap je anak melalak kat luar pintu bilik air tu, nanti kamu dah selamat keluar, dia pun jalan terkedek-kedek blah daripada pintu tu macam takde apa jadi.

Padahal tadi macam tengah berperang ke apa eh dia punya terpekik tu?

So memang betul lah jadi isteri dan ibu ni memang kerja tak pernah habis. Sebab tu tak boleh malas. Tiap hari kena rajin. Tiap hari kena berdedikasi buat kerja-kerja seharian. Cuci kain, masak, jaga anak, kemas rumah. Tak ada istilah penat ke, malas ke, tak boleh bangun pagi ke. Kalau rasa masih ada 3 sikap tu dalam diri (penat, malas, tak boleh bangun pagi) silalah jangan berkahwin. Serious. Kalau kahwin, bikin onar je nanti. Bikin onar kat suami, bikin onar kat anak, bikin onar kat diri sendiri dan bikin onar kat page Kisah Rumah Tangga. So suka tak suka, nak tak nak, sila rajin. Mesti rajin. Dan wajib rajin!

Again, tak nak rajin, jangan kahwin!

Secondly, jadi isteri dan ibu ni kena bijak pandai. Tak kisah education level kamu hanya setakat Darjah 3, SRP, degree, master atau PhD, kamu wajib jadi bijak pandai. Sebab kalau tak pandai, kalau blur, kalau asyik termangu dan asyik confuse, alamatnya runtuhlah segala benda dalam rumahtangga bak kaca terhempas ke batu. Some people memang pandang tinggi sangat pada kerjaya guru, engineer, doctor dan lawyer. Tapi sebenarnya, untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang excellent juga perlukan ilmu pengetahuan yang setinggi itu, kalau tak lebih tinggi daripada itu. Kenapa saya bilang perlu ada ilmu yang tinggi, sebab menguruskan rumahtangga dan membesarkan anak adalah satu pancaroba yang besar. Cuba kalau orang yang blur-blur, disuruh cuci telur 10 biji, 5 biji pecah. Atau disuruh masak lauk, tiap hari dia masak telur goreng je, sebab tu je yang dia tahu. Macam mana agaknya keadaan rumahtangganya? Boleh ke dia uruskan rumahtangga dengan efisyen? Mampu ke dia sediakan syurga untuk family dia (nama pun Rumahku Syurgaku, kan?). Boleh ke dia besarkan anak-anak yang berkualiti? Tak boleh kan. Orang selalu pandang enteng pada SAHMs sebab pada mereka, tak memberi impak pada ekonomi, tak menyumbang jasa kepada negara, tak nampak hebat pada jawatannya. Tetapi orang lupa, SAHMs inilah yang menjana generasi masa hadapan yang berkualiti. Cuba bandingkan seorang anak yang dibesarkan oleh ibunya sendiri yang bijak pandai dan yang saban hari dihantar ke pengasuh yang kerjanya tak lebih daripada beri makan dan mandikan sahaja. Mana lebih baik? Of course lah yang dibesarkan oleh tangan ibunya sendiri! Yang duduk dengan pengasuh bukan nak kata tak bagus, tak pandai. Ramai juga yang pandai. Tetapi berapa ramai sahaja pengasuh yang betul-betul mengasuh? Talk to them, sing with them, help them with their homework? Boleh dikira dengan jari kan?

Next, jadi isteri dan ibu kena kuat. Ala kuatlah sikit cik kak hoii. Nak bangun buat susu anak pun tak larat ke? Being married, it is a life-long commitment. Kalau rasa macam nak AL, nak EL, nak MC, nak lari jauh-jauh tinggalkan semua tanggungjawab, tak perlu kahwinlah. Seriously. Saya cakap macam ni bukan sebab nak menangkan para suami yang dikatakan 'lupa tanggungjawab'. Tidak. Tetapi selagi boleh buat sendiri, buatlah. I am a SAHM myself. Dan apa yang saya lihat, lelaki yang bekerja seorang (sole breadwinner) adalah lelaki yang sangat kuat bekerja, bertanggungjawab dan all out. Susah tau, nak cari suami yang sanggup bekerja seorang pada zaman kaum perempuan sangat bijak pandai dan independent ini. Mostly saya tengok, ramai sangat lelaki yang suka sangat tumpang harta perempuan, ajak kongsi bayar bills, you bayar kereta i bayar rumah, dan seumpamanya. Ramai sangat lelaki yang suka take advantage. Dan yang paling niaya kalau dapat wife yang berjawatan tinggi dan bergaji besar, si suami lagilah malas nak bekerja dan berusaha. Sebab dia rasa semuanya dah cukup. Buat apa susahkan diri?

Serious. Lelaki macam ni banyak sangat. That is why I highly respect guys who are the sole breadwinner of the family. Dan kalau seorang SAHM tu mendapat suami yang bekerja seorang, yang bertungkus lumus untuk keluarga, yang tak pernah minta sesen pun untuk membayar apa jua bil, kalau berkudrat tolonglah jangan minta mereka lakukan apapun kerja di dalam rumah. Layanlah mereka seperti raja. Dan jadilah syurga mereka dunia akhirat. Segala rasa penat, mengantuk, tak larat semua tu boleh je kita qada' esok lusa. Tetapi kebahagiaan suami itu, setiap pertolongan kita pada mereka itu (tolong ambil air, tolong iron baju, tolong jaga anak) sangat bermakna bagi mereka. I myself have a full-time working husband who works 5-day week. Apabila ada freelance job, beliau akan pergi buat audit di seluruh negara. During weekends, beliau buat training, seminar dan mengajar di universiti tempatan. On top of that, beliau sendiri sedang buat PhD on a research basis. Boleh bayangkan betapa busynya beliau? Memang busy sangat, 24 hours on the laptop and smartphone sampaikan saya rasa bila saya pergi mall dengan beliau dan anak-anak, mesti orang ingat hish tak gunanya laki dia, pergi mall tapi mata kat smartphone! HAHAHA tolong jangan buat fitnah please! But really, it takes a very strong wife to be strong. Untuk sentiasa tersenyum walaupun penat. Untuk sentiasa menguruskan segalanya tanpa merungut. Untuk sentiasa ikhlas walaupun rasa nak pengsan. Semua perasaan itu ada, mestilah, kita hanya manusia. Namun ia bergantung pada bagaimana kita menguruskannya. Kalau nak diikutkan segala perasaan itu, memang tak ke mana lah. Dan kalau nak dipersoalkan segala hak dan tanggungjawab, nak gaduh sampai ke mana? Nak minta sampai ke mana? Apa salahnya kita ikhlas dan gembira, segala masalah pun selesai.

And this brings us to the final point of being a wife and mother, iaitu jangan emosi. Wanita dan emosi memang tidak dapat dipisahkan, tapi bila dah berkahwin, TOLONG JANGAN EMOSI. Sebab itu saya selalu katakan perkahwinan ni hanya untuk orang dewasa. Marriage is only for adults. Yang masih nak bermanja-manja, nak merengek-rengek, nak merajuk-rajuk tu tolonglah jangan berkahwin dulu hoii. Sebab bila dah kahwin dah takde masa untuk semua tu. Dan bila dah takde masa kamu rasa tak disayangi, tak dicintai dan rasa nak minta cerai lah apalah. Adoi so immature lah! Sebenarnya bila dah kahwin bukanlah tak disayangi tak dicintai, cumanya perkahwinan bermaksud BUAT bukan TRY lagi. Contohnya bila bercinta, kamu akan sebut try. Let's give it a try. Kita try couple, kalau serasi kita teruskan. Kalau tak serasi kita bawa haluan masing-masing. Tapi bila dah kahwin, kita kena buat. Kena laksanakan. Contohnya, suka tak suka, kentut busuk ke, ketiak masam ke, isteri pemalas ke, suami pengotor ke, kita tetap kena jayakan perkahwinan itu. Kena buat. Kena lakukan. Tak boleh try dah. Try bau kentut suami sikit, kalau busuk nak cerai. Boleh ke? HAHA. Gitu. So kena buat. And it takes a strong, rational adult to do it. Kahwin ni semua pasal rational, pasal logik. Kalau sakit pergi klinik. Bukan kalau sakit, huhuhuh sayang ambillah leave besok jaga ai! Lepas tu suami pergi kerja besok kamu bilang dia tak sayang kamu. Pfft!

So dalam perkahwinan ini, janganlah emosi. Janganlah lembik. Kalau nakkan anak-anak yang kuat, pintar, berdikari, berdaya saing dan seumpamanya, isteri dan ibu kena tunjuk contoh yang baik. Tak perlulah layan-layan laluan syaitan keluar masuk ni. Bahaya. Lebih baik tumpukan pada apa yang boleh dibuat untuk menjadi isteri yang lebih baik. Macam mana nak lahirkan generasi lebih berkualiti. Macam mana nak transform rumah jadi syurga. Kalau setakat kisah berak tak berak dan bangun malam buat susu pun minta tolong suami, memanglah kena tempelak. Lepas kena tempelak, emosi pula, persoalkan hak dan tanggungjawab. Bila nak bahagia macam ni.

Dan nak mengupas part suami pula, jeng jeng jeng. Kalau kita sehabis ikhlas, kalau kita laksanakan tanggungjawab kita sehabis baik, dan kalau kita jadi bidadari syurga buat suami, inshaaAllah suami kita akan nampak, hargai dan cuba membalas dengan sebaik-baiknya. Dengan cara apa? Dengan cara membahagiakan kita pula lah, apa lagi! Cuba kira berapa kali dia bawa kita keluar makan sedap. Cuba kira berapa kali dia tolong bawakan beg baby bila keluar ke mall? Cuba kira berapa kali dia lipat nursing cover kita lepas kita susukan anak in public? Cuba kira berapa kali suami pimpin tangan anak bila lintas jalan bila kita sama-sama keluar? Countless kan. Kita selalu nampak benda ni macam kecil, macam takde makna kalau bukan bangun malam buat susu, tapi perkara-perkara ini turut membahagiakan kita. Janganlah apabila kita marah, kita nampak benda yang buruk tu je. Cuba ingat balik sepanjang perkahwinan mesti banyak yang baik dan sweet juga yang suami buat untuk kita. Cuma bila dia busy tu dia busy gila tu yang nampak macam tak membantu lantas buat kita emosi, tapi rasional lah. Suami kita sebenarnya baik, kan? The same goes to my husband, walaupun di rumah saya lakukan segala-galanya, di luar beliau tetap bantu perkara-perkara di atas and I appreciate it to the fullest. Taklah sekejam kena fitnah dengan makcik bawang sebab beliau asyik dok ngadap smartphone okayy! HAHA. Pendek kata, kita kena selalu nampak dan hargai juga, bukan hanya minta suami hargai. Jadilah isteri yang baik yang menyejukkan hati suami dan inshaaAllah yang baik akan kembali pada kita dengan berganda-ganda.

Okay guess that's all for now. Anak pun dah bangun nap. Saya nak pergi angkat kain kat jemuran dan masak untuk dinner. So marilah kita sama-sama strive to be the best wife ever dan selalu lihat semua perkara dari sudut yang positif okay? Tak mau malas-malas, kena bijak pandai, kena kuat dan jangan emosi. Promise?

Cheers!

Sort:  

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Congratulations @hannahjohary! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 1 year!

Click here to view your Board

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Congratulations @hannahjohary! You received a personal award!

Happy Birthday! - You are on the Steem blockchain for 2 years!

You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking

Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 61829.34
ETH 2395.18
USDT 1.00
SBD 2.63