Jungle Trekking di Gunung Alab

in #teammalaysia6 years ago

Jungle Trekking adalah antara aktiviti yang paling saya minat dari dulu hingga sekarang. Yalah, orang kampung kan. Time budak-budak dulu kerja memang masuk hutan saja. Bila sudah kerja, tambah minat la pula.

Dulu, kalau masuk hutan adalah lebih kepada memburu, atau mencari hasil hasil hutan samada untuk di makan ataupun di jual. Maklumlah keluarga susah kan. sekarang ni lebih kepada menghargai alam sekitar kita yang cantik. Mana la saya tau itu hutan cantik zaman budak budak. Ow ya sekarang pun masih juga la saya masuk hutan untuk memburu ataupun cari madu kelulut atau orang putih bilang Stingless Bee.


Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang tempat Jungle Trekking yang tidak begitu jauh dari Kota Kinabalu, iaitu trail dari Gunung Alab hingga la Air Terjun Mahua di Tambunan, sejauh 12KM. Ada kawan sia check guna GPS itu hari, sebenarnya lebih dari 12KM. Lebih dari 15KM. Harap harap Sabah Park dapat check balik dengan teknologi terkini, sebab 12KM ni mungkin ikut sukatan dulu dulu yang main 'timbak bukit'.

Puncak paling tinggi adalah puncak Minduk Sirung iaitu ketinggian 2050M dari paras laut.



Keadaan keseluruhan trail adalah sederhana yang mana lebih banyak menuruni bukit daripada menaiki bukit.



Kalau beruntung, dapat la jumpa tumbuhan menarik macam rafflesia dan pastinya jumpa Nepenthes atau Periuk Kera atau bahasa Dusun, Kukuanga. Kalau pasal haiwan, buli jumpa la babi hutan, rusa, kijang, pelanduk, monyet, beruang dan macam macam lagi. Itu pun kalau beruntung. Bila cakap pasal beruang, semua macam takut dengar. Percaya la kalau di tengah hutan, beruang memang takut manusia. Kamu berjumpa, kamu sama sama lari tu. Kalau pasal burung, di Gunung Alab sana banyak betul burung. Nasip la sia bukan pakar burung. Kalau pakar boleh saya huraikan panjang dan lebar sini lol.

Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang 5 hingga 8 jam jadi sediakan lah barang barang yang sepatutnya termasuk makanan dan air secukupnya.

Untuk maklumat lanjut, sila tanya di ruangan komen ataupun boleh google dan call Sabah Park.

Bah itu saja untuk hari ini.

Posted using Partiko Android

Coin Marketplace

STEEM 0.31
TRX 0.38
JST 0.059
BTC 95746.69
ETH 3711.36
SBD 4.15