Lagenda Jambatan Tamparuli

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Lagenda jambatan Tamparuli.

Menghairankan,jambatan Tamparuli yang sudah lebih 68Tahun masih kukuh berdiri sehingga kini.Namun ada kisah yang menyedihkan disebalik keutuhan@kekuatan jambatan Tamparuli ini.

tamparuli-bridge.jpg

Tamparuli-LOw-Bridge-in-construction-1954-500.jpg

Permulaan Pembinaan
Pada Tahun 1950 seorang lelaki yang bernama Robinson,selaku pegawai British telah dipertanggungjawabkan untuk membina dan menyiapkan jambatan Tamparuli,agar kerja-kerja pihak British dapat berjalan dengan lancar dan membantu memudahkan penduduk sekitar Tamparuli untuk datang ke Pekan Tamparuli.Namun setiap kali banjir besar(Lumpadang)pastinya jambatan ini Roboh,dan ini membuatkan pihak atasan Robinson tidak percaya dengan kerja yang telah diberikan kepada Robinson dan Robinson khuatir akan jawatannya dilucut atau diturunkan pangkat.oleh kerana,Robinson ini seorang yang komited dengan kerja yang dia lakukan dia sanggup untuk berbuat apa sahaja demi tugas yang diberi padanya selesai dengan jayanya namun dia tidak tahu untuk melakukan apa-apa

Tracie Sinidol [3]-01.jpeg

Solungkoi
Solungkoi adalah seorang gadis kampung yang sangat cantik(Sumandak) serta perawan. disebabkan kecantikkannya Robinson jatuh hati padanya.tetapi pada waktu yang sama seorang "tanak wagu"(lelaki)yang bernama Intang juga jatuh hati kepada Solungkoi.namun cinta Intang hanya bertepuk sebelah tangan sahaja kerana Solungkoi memilih Robinson,mungkin disebabkan paras rupa Robinson lebih tampan dan mempunyai pangkat berbanding Intang yang hanyalah seorang pekerja Robinson.

Tombuakar
Oleh kerana Jambatan yang dibina selalu roboh,Robinson mengarahakan Intang untuk mencari puncanya.disebabkan pada waktu itu penduduk kampung masih mempercayai Tombuakar (Hantu air)Intang pun pergi berjumpa dengan odu-odu untuk mencari jalan penyelesaian(wanita tua pakar dalam perubatan dan ilmu ghaib).odu-odu memberitahu bahawa Tombuakar(Hantu air)marah kerana kawasan tempat tinggalnya telah diceroboh dan Tombuakar(Hantu Air) meminta seorang wanita cantik dan perawan dan ditanam hiduo-hidup sebagai penebus kesalahan mereka dan tidak menganggu jambatan Tamparuli yg dibina lagi.

Tamparuli_Sabah_Swinging-_Bridge-and-_Land-_Bridge-.jpg

Pengaruh Intang
Dengan ini Intang dapat melihat peluang bahawa,jika dia tidak dapat memiliki cinta Solungkoi,tiada siapa lagi yang boleh mendapatkan cinta Solungkoi.dengan itu Intang meyakinkan odu-odu untuk memutuskan bahawa Solungkoi lah yang harus dikorbankan.

Antara cinta dan Pangkat
Setelah Robinson telah diberitahu akan hal itu,dia pun bersetuju kerana dia lebih mengutamakan untuk mengekalkan jawatannya.setelah itu,Robinson telah membuat satu keramaian sempena memperbaiki jambatan Tamparuli,tetapi itu adalah satu muslihat untuk memabukkan Solungkoi agar mudah untuk menjadikan dia korban kepada Tombuakar(Hantu Air)setelah Solungkoi dan penduduk kampung yang ada dipesta itu mabuk dan tidak sedarkan diri meminum Tapai(arak tradisional)Solungkoi di bawa ke Jambatan Tamparuli.apabila Solungkoi sedar daripada mabuk dia sudah diikat di cerucuk jambatan dan siap untuk diturunkan.oleh kerana permintaan Tombuakar(hantu air)mahukan korbannya ditanam hidup.

Permintaan Solungkoi
Disaat Solungkoi mahu diturunkkan kedalam sungai,Solungkoi mula menangis dan meminta untuk dilepaskan ,namun tiada siapa yang dapat membantu kerana semua orang telah mabuk.setelah solungkoi pasrah dengan nasibnya dia sempat membuat satu permintaan dengan Tombuakar(hantu air)bahawa jambatan Tamparuli tidak akan kukuh selagi tidak mengorbankan Robinson.setiap saat berlalu Robinson menyedari bahawa perbuatannya itu salah dan dia menyesali perbuatannya.dengan itu dia telah mengukir nama Solungkoi diatas sekeping plat besi dan dilekatkan di cerucuk jambatan dimana Solungkoi ditanam.Dan setelah itu Robinson telah membunuh diri dengan membiarkan dirinya dilemaskan oleh Tombuakar(Hantu Air).

Ada yang mengatakan kisah ini hanyalah mitos.namun amat menghairankan bahawa jambatan Tamparuli yang sudah berumur 68 Tahun masih kukuh sehingga kini.ada juga penyelam mengatakan bahawa plat besi yang mempunyai nama Solungkoi masih lagi kelihatan.

Terima kasih kerana telah meluangkan masa untuk membaca Lagenda ini.
Plz like and support.

teammalaysia

IMG20180117101730.jpg

IMG_20180103_191225.jpg

Terima kasih telah meluangkan masa untuk baca post ini.nah ini makanan tradisional Dusun "Bosou"

Plz vote,resteem and follow
@bensonp

Sort:  

Congratulations @bensonp! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of upvotes
Award for the number of comments

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Yeah..thank you.

Bagus. Semoga berjaya! Sudah upvote.

Terima kasih.nant saya upvote post kamu.tapi skg steem power saya kosong

Hehe. Tidak perlu. Asalkan kamu belajar jangan ditipu upvote lagi. Simpan itu upvote ye. Bagi orang baru yang diperlukan, Dan mereka yang buat kandungan baik. Upvote yang sudah keluar, jangan tarik balik. Power akan digunakan semacam bagi upvote ye.

By the way, taniah sudah level 32

Macam mana tarik upvote?

Tekan upvote semula, atas post yang sudah diupvote. Tapi jangan. Seperti yang dijelaskan tadi. Upvote atau tarik balik guna power yang sama.

O mcm tu.baru faham.tq

Legend ni jambatan.mcmna besar pun banjir,retak pun tidak. Nice history!

Btul.tlg resteem ni crta untuk membantu promosi Tamparuli.tq bro.

Halo bro, nice write up! Btw, im just following ur blog, do follow me back if u don't mind. Have a nice day to you :) #teammalaysia

Ok.plz resteem and upvote this story.klu x keberatan.done follow.

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.028
BTC 65900.16
ETH 3470.80
USDT 1.00
SBD 2.68