#introduceyourself

in #teammalaysia4 years ago (edited)

Assalammualaikum.
.
Izinkan saya memperkenalkan diri. Saya Nora, seorang Muslim, berusia 31 tahun dan berasal dari Negeri Sembilan, Malaysia. Saya telah berkahwin dan kini mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki.
.
Seorang surirumah dan juga merupakan seorang agen pakej percutian (Lokal). Memandangkan kini adalah musim Covid-19 dan negara masih lagi berada dalam perintah kawalan PKPB, pekerjaan sebagai agen sedikit terjejas dan saya lebih menumpukan hal-hal rumah seperti penjagaan anak, masakan, belajar menjahit serta eksplorasi kuih-muih.
.
Selepas tamat belajar di Terengganu, saya pernah bekerja di beberapa tempat di Selangor. Bertemu jodoh di sini dan setelah berkahwin, terus bermaustautin di Shah Alam. Pernah mempunyai pengalaman bekerja sebagai editor dan beberapa tugas pejabat.
.
Okey, siapa sini rasa dia kategori Mak Cik-Mak Cik bawang? hahahaha! Mungkin posting-posting saya akan datang boleh panah tepat di hati anda (isu-isu kekeluargaan/masakan), ataupun warga tempatan/luar yang sukakan pelancongan di Malaysia. Tunggu ya! Selepas kebenaran merentasi negeri dibolehkan, insya-allah saya akan up pakej-pakej perhotelan (tempatan) yang menarik.
.
Saya pernah juga berblogging di blogspot, tetapi banyak kali deactive sebab kekangan masa. Saya juga seperti anda semua mempunyai media sosial seperti Instagram, Facebook dan Whatsapp, hanya Steemit inilah percubaan pertama saya untuk berblogging.
.
Saya lebih prefer postingan saya berbahasa #Melayu #TeamMalaysia. Kalau rajin, saya buat in English lah (Kalau rajin......), kalau tak rajin, in #Bahasa sajalah.
.
Ini adalah gambar kami sekeluarga sempena Hari Raya baru-baru ni. #HappyEid to you all!!

WhatsApp Image 2020-05-25 at 9.11.43 PM.jpeg

Sort:  

image.png

Do you want more influence and voting power but don't have the budget to purchase a lot of Steem Power? Simply visit https://dlease.io/market and place an order to lease Steem Power at a fraction of the cost of owning it!

Already have a lot of idle Steem Power and want to earn good returns ? Visit https://dlease.io/market and delegate to open lease orders of your choice to earn double-digit APR returns!

Selamat datang ke steemit Puan Nora. Selamat membawang juga. Semoga anda enjoy jadi makcik bawang kat steemit. Kita akan adakan pertandingan makcik bawang terhebat dan ada badge siapa paling mulut laser. Teruskan bersteemit!

Ush, janganlah... hahahahha 🤣🤣

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.14
JST 0.029
BTC 65051.86
ETH 3163.86
USDT 1.00
SBD 2.54