Program Amal: San Damiano Boys Hostel

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Kami dari Sabahan Steemians telah pergi ke San Damiano Boys hostel, Kiulu untuk menghantar barang-barang keperluan harian yang dibeli dari hasil derma melalui penulisan di steemit dan derma berbentuk wang dari individu yang baik hati.

Kami telah berjaya mengumpul derma sebanyak RM 2874.00 dan kami sangat bersyukur dan berpuas hati dengan hasil kutipan derma tersebut walaupun ia tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Penghargaan

Terima kasih kepada semua individu yang terlibat terutamanya kepada @veenang @beverlyjoe dan @chanelcalestus kerana telah menganjurkan program amal ini. Terima kasih juga kepada @danieldoughty dan @viverridae yang mendedikasikan masa mereka untuk menyokong sepanjang pogram amal ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Proxy Witness #teammalaysia @bitrocker2020 atas sokongan darinya. Akhir sekali, terima kasih kepada semua steemian yang terlibat secara langsung dan tidak langusung demi menjayakan pogram amal untuk San Damiano Boys ini. Terima-kasih semua :)


laporan kewangan dari @veenang

Kami dialu-alukan oleh kakitangan dan pelajar asrama San Damiano di pintu masuk dewan. Inilah antara aktiviti yang kami lakukan pada hari tersebut. Sila rujuk pada gambar, biarlah gambar yang berbicara :)


Aktiviti yang dijalankan pada hari itu


photo credit: @beverlyjoe


photo credit: @beverlyjoe


photo credit: @beverlyjoe


photo credit: @beverlyjoe



Dari kiri ke kanan : @gelfire, @lauratommy, @diddy89, @angeljames, @daryljones, @veenang, @danieldoughty, @viverridae, @melindajamulis, me @arwine, @verasj & @celo769
Melutut dari kiri ke kanan: @chanelcalestus, @beverlyjoe & @borneoairbrush

Semasa berada di sana, saya dan @melindajamulis sempat berbual-bual dengan Madam Angeline. Dia menceritakan sejarah penubuhan San Damiano Boys Hostel.


Sejarah San Damiano Boys Hostel

San Damiano Hostel telah ditubuhkan pada tahun 1991 oleh Franciscan Sisters of Immaculate Concept (FSIC) untuk menyediakan tempat tinggal bagi pelajar yang tinggal jauh untuk pergi ke sekolah. Asrama ini menerima pelajar lelaki dan perempuan. Namun begitu, Franciscan Sisters of Immaculate Concept (FSIC) mendapati agak sukar untuk menguruskan para lelaki dan meminta bantuan daripada Gabrielite Brothers yang menjalankan Pusat Latihan Remaja Montfort (MYTC) di Kinarut.

Brother Francis Chua, Pengarah MYTC, mengambil alih pengurusan asrama lelaki awal tahun 2011, manakala Sisters Franciscan terus menguruskan asrama pelajar perempuan tersebut.

Para pelajar yang tinggal di asrama san Damiano Boys ini diajar tentang kemahiran hidup iaitu disiplin, bimbingan, pembentukan rohani, kemahiran lembut dan kemahiran kepimpinan. Selain itu mereka turut dilatih mempraktikkan adab sopan pada diri sendiri dan kepada rakan-rakan, contohnya penjagaan kebersihan dan kekemasan asrama dilakukan secara bersama, berkumpulan, dan secara bergilir-gilir.

Cabaran MYTC adalah untuk memupuk kepentingan sikap yang baik dan sifat-sifat positif yang akan memimpin mereka sebagai orang yang berkepentingan untuk keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Juara acara permainan

Program itu berakhir dengan sesi fotografi beramai-ramai. Sebagai penutup pelajar dari asrama San Damiano Boys menyanyikan 2 buah lagu yang bertajuk Best of Friends dan Thank you song.

Who am I?

As I mentioned in my profile, I use this blog to share some tips and tricks. I also share my life stories, discoveries, questions, and drawings.

If you want to know what I'm doing, here are some facts about me:

  • My name is Angela.
  • I have 3 amazing kids!
  • Flowers and kids love me.. :)
  • I never say no to cheesecake.
  • Did I mention I love flowers?
  • I believe life is too short to worry about being a bad singer.
  • In reality, I’m a very shy girl and I’m actually nice.
  • I always looking to try and learn new things but I never really master anything..Lol
  • I believe in kindness, empathy and always making time to listen to a friend.
  • For me, my family comes first. That makes every decision very easy.

Thanks for visiting!

Sort:  

Ya, memang siok :)

This post has been curated by TeamMalaysia Community :-

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by arwine from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 59244.49
ETH 2977.21
USDT 1.00
SBD 3.77