Cabaran dunia pekerjaan

in #teammalaysia6 years ago (edited)

IMG_20180222_064401.JPG

Mencari Pekerjaan

Sebagai "fresh graduate" mencari pekerjaan di Sabah adalah amat susah lebih-lebih lagi dengan bidang yang saya ambil iaitu "mechanical engineering".. Saya telah pergi banyak "interview" semuanya gagal. Saya pernah disuruh balik kerana mereka cuma mahu lelaki walaupun dalam iklan cari kerja tidak dinyatakan bahawa mereka mahu lelaki sahaja.

Saya juga pernah menulis surat untuk kepada beberapa syarikat yang berkaitan dengan kejuruteraan mechanical di Kota Kinabalu, bahawa saya sanggup tidak mahu gaji selama 3 bulan asalkan saya dapat menimba ilmu dalam syarikat mereka. (ada yang sanggup menerimanya, tetapi saya dihantar ke Sandakan dan Tawau. Saya terpaksa menolaknya tawaran tersebut, ini kerana saya berfikir, bagaimana saya hendak berkerja jika saya tidak mempunyai duit. Cuba bayangkan, saya tidak ada gaji selama 3 bulan di tempat yang asing bagi saya 🤔)

Saya pernah mengisi borang SPA 8 dan pernah dipanggil untuk ditemuduga sebanyak 2 kali.

Temuduga pertama

Jawatan kerani am, kelayakan: SPM. Pada hari tersebut saya bangun awal dan harus berada disana sebelum jam 7:00am. Setelah sampai di sana saya amat terkejut, kerana bilik tersebut telah penuh, saya orang yang ke-113 dari 115 orang. Pada hari tersebut terdapat 3 jawatan kosong untuk kerani am. Cuba bayangkan seramai 115 orang pergi interview, wow.. ramainya. Walaubagaimana pun, saya amat bersemangat pada hari tersebut dan gembira kerana terdapat beberapa orang yang saya kenal.

Saya sempat bertanya di counter pertanyaan, saya ada diploma kenapa saya dipanggil untuk temuduga sedangkan kelayakan kerani ini adalah SPM. Mereka membalas, sesiapa yang mempunyai SPM boleh ditemuduga untuk jawatan itu. Saya sempat berfikir, nasib saya sangat bagus kerana saya ada extra sijil. 😂

Memandangkan ramai orang, 3 orang akan masuk serentak dan ditemuduga dalam kumpulan. Kami dipanggil untuk temuduga pada masa 1:30pm.. (Bayangkan kami belum makan lagi...) Kami ditemuduga dalam 4 orang dalam 1 kumpulan dan kami yang paling terakhir... Dalam bilik tersebut terdapat 3 orang penemuduga, kami di arah duduk di kerusi yang disusun melintang dan rapat berhadapan dengan penemuduga dalam jarak 2 meter.

Sebaik sahaja kami duduk, penemuduga pertama bertanya ini file siapa. Saya mengangkat tangan. (dalam fikiran, yes! Yahoo!)... Saya melihat mereka berbisik-bisik sambil melihat saya. Tidak lama kemudian, mereka mengatakan kepada saya bahawa saya tidak layak untuk jawatan tersebut (what the hell!). Saya bertanya kenapa saya tidak layak? Alasan mereka adalah, saya mempunyai sijil diploma dan tidak adil bagi mmereka yang ada sijil spm. Saya tidak berpuas hati, saya tanya lagi.. Kenapa hantar surat kalau tidak layak? Alasan mereka, sistem yang salah..

Walau apa pun alasan mereka, saya bertegas untuk ditemuduga juga, alasan saya adalah, saya tidak memilih pekerjaan walaupun saya ada diploma.. Lagipun kerajaan kan meminta rakyatnya untuk tidak memilih perkerjaan. Cuba bayangkan, saya mendapat surat itu seminggu sebelum temuduga. Saya pergi membeli pakaian baju kurung kerana saya tiada baju kurung.. Saya menghafal semua nama menteri-menteri dan jawatan mereka, saya mengulang kaji sejarah dan banyak lagi...

Mereka tetap menolak permintaan saya. dengan serta-merta air mata saya jatuh berguguran. Saya bukannya berlakon untuk menangis ataupun meminta simpati. Saya cuma kecewa kerana saya tidak diberi peluang, disamping itu saya terbayangkan wajah ibubapa saya yang sedang menunggu berita dari saya. Mereka amat gembira ketika mendapat tahu bahawa saya mendapat surat temuduga dari KERAJAAN. Dengan sakit hati, saya pun keluar dari bilik tersebut.

Temuduga ke-2

Enam bulan selepas temuduga pertama, saya mendapat surat untuk temuduga lagi. Kali ini dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Seperti biasa, kami dikehendaki berada di sana sebelum jam 7am. Seramai 10 orang dipanggil untuk temuduga untuk 3 jawatan. So, peluang untuk mendapat kerja adalah amat tinggi.

Saya dipanggil untuk masuk ke bilik temuduga, kali ini saya seorang sahaja. Dalam bilik itu terdapat dua orang penemuduga dan saya di arah duduk di kerusi dengan jarak 3 meter. Mereka bertanya sama ada saya pernah pergi temuduga sebelum ini. Saya menjawap ya dan memberitahu apa jawatan yang ditawarkan pada hari tersebut. Salah seorang dari mereka adalah penemuduga pada waktu tersebut. Dia memberi tahu peristiwa tersebut kepada rakannya. Dengan serta merta mereka ketawa terbahak-bahak di hadapan saya. Inilah yang dikatakan professional??? Saya terus hilang bersemangat, dalam fikiran saya mahu balik. 😩

Kerja di cyber

Seminggu kemudian, saya pergi ke cyber 3nity Donggongon. Saya mendapat tahu mereka sedang mencari pekerja so saya tawarkan diri. Keesokan harinya saya mula bekerja di sana. Saya amat bersyukur kerana "bos" saya sangat baik hati. Dia mengajar saya programming.(itulah saya pandai coding sikit2. Saya suka HTML dan CSS... Saya harap pada masa hadapan, steemit guna CSS 😀). Dia mengajar saya bagaimana untuk membuat website.. dan banyak lagi. Saya bekerja di cyber selama 1 tahun 2 bulan.

Kerja di klinik

Selepas berhenti, 3 bulan selepas itu saya diterima untuk bekerja di Klinik 24 Jam Donggongon. Klinik itu kepunyaan Dr.David Mojiun dan Dr.Freddy Mojiun. Disini saya belajar pelbagai jenis ubat dan fungsinya. Bekerja diklinik sangat mencabar bagi saya yang tiada pengalaman dalam bidang perubatan. Bulan pertama, saya kena hafal nama ubat, fungsi ubat, packing ubat, order ubat. Saya pernah meletakkan satu kotak 'vaccine yang hidup' di rak ubat biasa. Semua vaccine itu rosak, sepatutnya ubat tersebut harus diletakkan didalam peti sejuk. (Nasib baik saya masih baru, senior saya yang kena marah😬)

Masuk hospital

Saya berkerja di sana selama 2 tahun 6 bulan. Semasa bekerja di sana saya sudah pun berkhwin dan mengandung selama 7 bulan. Saya mengalami "bleeding", pada masa tersebut saya berada di rumah. Bayangkan time mengandung ada banyak darah yang mengalir dan tidak berhenti. Saya di hantar ke Poliklinik Penampang kerana jarak rumah dan poliklinik sangat dekat. Saya mengalami "placenta previa type 2". Memandangkan saya mengalami pendarahan saya dihantar ke hospital kerana situasi ini amat membahayakan bayi.

Saya di hantar ke hospital dengan menggunakan ambulance. Pengalaman naik ambulance sangatlah tidak selesa 😂. Bayangkan, baring di katil ambulance yang kecil dan ambulance sedang bergerak dan melalui jalan bukit. Laju lagi tu 😂 (ikut jalan Bukit Padang pgi ke hospital Likas).

Sebaik saja sampai di hospital, saya diperiksa oleh doctor dan tidak lama kemudian saya di jarum dengan jarum ubat pematang paru-paru baby. (Aduii punyalah sakit, bengkak punggung saya 😂, dan saya diberi tau esok pagi saya kena jarum lagi untuk kali terakhir) Untuk pengatahuan kamu, ubat pematang paru-paru baby adalah bukan cecair biasa, menurut penerangan dari nurse, cecair ini seperti minyak dan lambat diserap di tempat yang dijarum, sebab itulah tempat yang dijarum membengkak. Saya ditahan dihospital selama 2 minggu.

So, selepas berbincang dengan husband saya pun mengambil keputusan untuk berhenti kerja di Klinik 24 Jam. Walaupun merasa sedih untuk berhenti kerja, namun keselamatan bayi adalah yang paling utama.

Terima kasih kerana sudi membaca blog post saya :)


Semua photo diambil dari "Canva application".


Sort:  

3nity juga la paling manang

Tempat kamu main game kan😂
Msi ada lagi ka tu cyber? Lama sy inda limpas sana...

sia pun nda tau.. lama juga nda limpas sna suda

Resteemed your article. This article was resteemed because you are part of the New Steemians project. You can learn more about it here: https://steemit.com/introduceyourself/@gaman/new-steemians-project-launch

Thank you :)

Coin Marketplace

STEEM 0.23
TRX 0.12
JST 0.029
BTC 66120.88
ETH 3555.65
USDT 1.00
SBD 3.12