Bercuti di kampung sangat menyeronokkan!

in teammalaysia •  10 months ago 

IMG-20150202-WA0004.jpg

Cuti sekolah memang menyeronokkan kerana semua saudara- mara akan balik ke kampung dan berkumpul di rumah agam (Rumah datuk saya). Pelbagai aktiviti akan dibuat semasa cuti sekolah.

Semasa cuti sekolah, kami semua akan pergi bercuti. Tempat yang akan dituju adalah di Poring Ranau, Beringis Papar, Vasai Timpangoh, Babagon dan banyak tempat lagi.

Selain itu, saya dan sepupu akan "sleep over" bersama- sama. Kami akan bercerita sepanjang malam tentang pengalaman dan tentang rakan-rakan di sekolah. Yang paling seronok adalah apabila uncle kami turut serta dalam cerita kami. Dia akan bercerita tentang hantu. Ia sungguh menakutkan dan menyeronokkan kerana kami dapat mengusik sepupu yang lain.

Kami juga akan pergi memancing, menangkap katak, menangkap belalang, burung, mencari durian dan "bundu" ( saya tidak tahu apa nama dalam BM 😬) dan bermacam-macam aktiviti lagi.

Jika hujan, kami akan bermain hujan. Kami akan membuat pertandingan perahu. Kami membuat perahu dengan kertas dan meletakkannya di dalam parit. Air hujan akan membawa perahu itu dan jika perahu itu tidak tenggelam maka ia akan menjadi pemenangnya.

Selain itu, kami juga akan membuat ais kirm. Kami akan membuat minuman sirap dan memasukkannya ke dalam plastik ais krim. Kemudian kami akan menjualnya kepada uncle dan auntie kami . Duit yang dikumpul akan kami gunakan untuk membeli ais krim dari kedai runcit di kampung 😂😂.

Inilah serba sedikit cerita tentang aktiviti cuti sekolah kami. Saya tidak dapat sabar menunggu cuti panjang akhir tahun. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya.

Yang benar
@ambergrace

Authors get paid when people like you upvote their post.
If you enjoyed what you read here, create your account today and start earning FREE STEEM!
Sort Order:  

Itu bundu buah ka? Macam mangga tapi bukan mangga. Hihi

Seronok juga meluangkan masa bersama keluarga di kampung. Lebih-lebih lagi banyak aktiviti yang dilakukan bersama.

·

Ya bundu itu buah. Pokok dia tinggi macam kayu balak.

Really... Lol
Owhh.. Pandai kamurang arr.. Jual aiskrim tawar sama auntie.. Lepas tu pgi beli aiskrim yang sedap😂😂..

Grace ko yang tulis ka nie?

·

Ya auntie 🤗

·
·
  ·  10 months ago (edited)

Sy dingar2 kamu kana ban... kamu main game sampai habis kota internet sis Lucy kan.. Hahaa

Kalau ada masa, datang saja di rumah.. Sini ada Wi-Fi.. Kalau teda hp, bawa saja password steemit... Sy boleh kasi pinjam hp di sini.. Orait

Paling bagus, kasi sedia cerita kamu.. Tinggal taip saja di steemit..macam dulu2..

Your post has been manually curated by littlenewthings

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness