Pengajaran Kisah Tauladan: Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada.

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Dalam sebuah kampung terdapat seorang pemburu yang hidup bahagia dengan anak dan isterinya. Pada suatu hari ia membawa hasil pemburuannya iaitu seekor ayam hutan dan memberikan ayam itu kepada isterinya.

Pemburu itu tidak berpuas hati dengan hasil buruannya. "sia-sia saja pergi memburu, hanya ayam hutan yang kecil ini saja yang saya dapat. Bagus lagi saya duduk di rumah" kata pemburu.

"Bersyukurlah apa yang kita dapat, lagipun anak-anak kita dapat merasa lauk yang sedap" kata isteri pemburu.

" Tapi, saya mahu tangkap seekor kijang" kata pemburu.

Isteri pemburu diam. Dia kesal dengan sikap suaminya yang sentiasa merungut dengan hasil yang diperolehinya. Suaminya tidak pernah berayukur.

Pada keesokan harinya, pemburu pergi lagi memburu dan kali ini ia mendapat seekor rusa.

"hayaaa, rusa nie kecil saja, dekat sudah saya buang di sungai tadi" kata si pemburu.

Demikianlah, setiap kali si pemburu mendapat hasil tangkapan, ia akan sentiasa merungut kerana tidak mendapat buruan yang besar. Malahan dia akan memarahi dirinya.

Hari berikutnya, ia pergi lagi memburu dan kali ini ia mendapat seekor kijang yang kecil. Kerana terlalu kecewa, ia terus membuang kijang itu ke dalam sungai.

Si pemburu pergi lagi memburu pada keesokan harinya. Namun tiada seekor haiwan pun yang dapat diburunya. Pemburu pulang dengan keadaan kecewa.

"Bersabar sajalah" kata isteri si pemburu.

Namun begitu, setiap kali si pemburu masuk ke dalam hutan, dia akan pulang dengan tangan kosong.

"Rezeki abang tersekat" kata isterinya.

Si pemburu tersenyum sinis dan tidak mempercayai kata isterinya. Ia tetap pergi ke hutan, namun begitu setiap kali ia ke hutan ia pulang dengan hampa. Akhirnya ia merasa jemu untuk pergi memburu.

"Benarkah rezeki saya sudah tersekat?" si pemburu mengeluh.

" Abang kena bersyukur. Walaupun hasil buruan itu kecil atau besar itu adalah rezeki kita" kata isterinya.

Pemburu itu pun mula sedar dengan perbuatannya selama ini. Sejak hari itu, nasibnya berubah, setiap kali ia mendapat hasil buruan ia akan bersyukur dan tidak pernah merungut lagi.

Pengajaran

Kita haruslah sentiasa bersyukur dengan semua kesenangan yang kita dapat. Kita juga perlu mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa pada orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri kita. Jika kita mendapat kesusahan, kita harus berfikir dengan positif agar kita dapat bersyukur kerana akan ada hikmat di sebalik kesusahan tersebut.
Orang yang tidak pernah bersyukur akan menderita dan mengalami kerugian.



Siapakah kami?

Hi saya Abelle,
Apa khabar semua? Saya ialah Evy Amber,
Hello saya ialah Ethan,

Kami akan menulis posting mengenai aktiviti sekolah, aktiviti sukan, aktiviti harian, aktiviti pada hujung minggu, aktiviti pada cuti sekolah dan aktiviti karaoke. Kami juga akan menulis karangan dan cerita di sini (sila betulkan tatabahasa kami jika salah 😀) dan melukis dan bernyanyi.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Sekian dan terima kasih :)

Sort:  

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.15
JST 0.027
BTC 59944.92
ETH 2307.28
USDT 1.00
SBD 2.48