Bipolar Disorder

in #steemstem6 years ago

Ia merupakan penyakit gangguan otak yang dikenal pasti dengan simptom-simptom seperti mood, tenaga, dan aktiviti harian yang berubah-ubah. Pesakit bipolar pada suatu ketika berasa teramat gembira (manic) dan berasa teramat sedih (depression) pada suatu ketika.

Jadi, pesakit Bipolar ada dua fasa iaitu Manic dan Depression. Tanda-tanda dan simptom-simptom termasuklah :

MANIC

  1. Berasa tenaga badan yang tinggi, hyperaktif
  2. Rasa high
  3. Ada masalah tidur
  4. Lebih aktif daripada biasa
  5. Bercakap tentang banyak perkara dengan laju
  6. Berasa mampu melakukan banyak perkara dalam masa yang sama

DEPRESSION

  1. Berasa teramat sedih
  2. Tenaga badan yang amat rendah
  3. Rasa tidak mampu untuk melakukan aktiviti
  4. Ada masalah tidur
  5. Berasa bimbang dan kosong
  6. Ada masalah untuk fokus
  7. Hilang rasa gembira dalam membuat perkara kegemaran
  8. Berfikir untuk bunuh diri

Masyarakat perlu faham akan kepentingan untuk berjumpa dengan doktor psikiatri. Dan hentikan stigma pesakit gila.

Berjumpa dengan doktor psikiatri tidak bermakna anda gila. Cacian dan jelingan tajam terhadap pesakit mental tidak akan membantu malah merosakkan lagi keadaan mereka.

Bantu mereka. Ia boleh diubati.

Sumber

https://www.nimh.nih.gov/…/to…/bipolar-disorder/index.shtml…

https://www.healthline.com/health/mania-vs-hypomania…

https://healthprep.com/…/the-long-term-affects-of-bipolar-…/

  • Kanzi

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 60061.12
ETH 3196.84
USDT 1.00
SBD 2.45