Memahami Asas Disebalik Teknologi Blockchain

in #steempress6 years ago


Kewujudan teknologi blockchain secara tidak langsung menamatkan zaman idea sistem berpusat. Ia telah membuatkan sebuah zaman sistem berkomuniti dan maklumat yang terbuka.
Blockchain ialah satu cara menyimpan maklumat yang tidak berpusat (Decentralized) menggunakan lejar elektronik yang selamat dari ubahan yang tidak sah. Ia juga merupakan sistem yang disalin serta diagihkan ke berjuta-juta komputer dan server yang juga dikenali sebagai nod-nod. Blockchain juga merupakan teknologi yang menjadi tulang belakang kepada matawang crypto seperti bitcoin dan ethereum.
Pangkalan data dan maklumat yang dibina adalah berdasarkan kepada ‘rantaian blok’, dan setiap blok mempunyai identitinya tersendiri yang tidak boleh diubah. Blockchain yang mempunyai data ini pula disimpan bukan di sesuatu server, akan tetapi disimpan di pelbagai server.
Salah satu kebaikan sistem Blockchain adalah dengan rantaian blok maklumat yang dikongsi ramai, ia tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapapun. Jika sistem sekarang, sebagai contoh bayangkan maklumat akaun kewangan syarikat dimiliki oleh bendahari, dan sekiranya bendahari tersebut melakukan penyelewengan, mungkin pemilik syarikat tidak menyedarinya sehinggalah ia sudah terlambat.
Dengan pelbagai pengguna yang menyimpan rekod Blockchain, ia sekaligus sukar untuk digodam dan sekiranya terdapat sebarang bencana, terdapat salinan data tersebut yang terdapat pada server lain. Malah memandangkan terdapatnya server lain yang beroperasi, penggunaan sistem blockchain tidak tertakluk kepada waktu operasi. Seperti contoh anda masih boleh menghantar duit pada 12 malam sedangkan bank-bank utama di Malaysia kebiasaannya tidak beroperasi kerana perlu meluangkan masa penyelenggaraan pada tempoh tersebut.

alt

Boleh disimpulkan bahawa teknologi Blockchain merangka sebuah legasi sistem yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
1.Boleh dikawal dan diselia oleh semua orang di dalam jaringan tersebut dan tidak akan gagal walaupun sekali (melainkan internet musnah, sangat mustahil)
2.Telus dan berintegriti
3.Tidak boleh korup
Daripada ciri-ciri di atas, Blockchain dikenali sebagai “decentralized system” dan “open ledger system”.
Blockchain berfungsi sebagai pangkalan data(database) terbuka yang mana semua dan setiap maklumat dikongsi dan melalui setiap rantai penyertaan yang dipanggil “node”. Inilah yang dipanggil sebagai“Decentralized System”. Tiada central server, tiada pemilik sistem dan tiada pengawal sistem.
Maka segala maklumat atau data dapat dilihat dan disemak oleh mereka yang berada dalam rantaian tersebut. Tiada kerahsiaan di dalam perjalanan sistem Blockchain. Inilah yang digelar “Open Ledger System’.
Tidak seperti sistem berpusat (Centralized System) seperti bank. Duit yang kita simpan di dalamnya, adakah benar-benar selamat? Adakah ia tidak dicuri atau digunakan di tempat lain? Inilah kelemahan sistem berpusat, “ledger” juga boleh diisi dan diubah oleh entiti yang menjaganya tanpa pengetahuan kita. Sistem itu dikawal mereka, sudah pasti mudah untuk ia dimanipulasikan.

Jom sertai kami di Komuniti Avasimall Crypto dengan mendaftar link Pengguna Electroneum di bawah ini👇👇👇

https://my.electroneum.com/join/56E9A8
https://my.electroneum.com/join/56E9A8
https://my.electroneum.com/join/56E9A8


Posted from my blog with SteemPress : https://avasimall.com/2018/05/06/memahami-asas-disebalik-teknologi-blockchain/

Coin Marketplace

STEEM 0.19
TRX 0.14
JST 0.030
BTC 59479.71
ETH 3174.48
USDT 1.00
SBD 2.44