Manfaat kelapa kepada kita!

in #steempress3 years ago (edited)


Source Image

Hi Steemians apa khabar? Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Hari ini saya ingin berkongsi menfaat kelapa kepada kita.

Mengikut pengalaman saya sebagai pekebun amatur, (hahaa...pekebun amatur 😁) saya suka menggunakan bahan berasaskan kelapa kerana kelapa mempunyai banyak kegunaan. Sehinggalah, saya menanam beberapa pokok kelapa di kampung.

Kebaikan kelapa

  • Kulit kelapa boleh digunakan sebagai pasu bunga.
  • Sabut kelapa yang kasar boleh dicampur dengan arang sesuai untuk media organik untuk orkid.
  • Sabut kelapa boleh dibuat penyapu.
  • Isi buah kelapa boleh dimasak untuk menghasilkan minyak rambut supaya dapat menguatkan serta melebatkan rambut.
  • Tempurung kelapa boleh dibuat pasu dan pelbagai kraftangan yang lain.

 



Source Image

Tahukah anda:Bahar diperbuati dari bunga kelapa yang belum mekar... Bahar adalah minuman yang memabukkan, diminum ketika bersantai denga kawan ataupun dalam majlis keramaian.

  • Isi kelapa yang diparut boleh dibuat santan.
  • Air kelapa boleh diminum.
  • Batang kelapa boleh dibuat kayu api dan perabot.
  • Jika dibiarkan batang pokok kelapa itu selama beberapa minggu... Nah.. Ada butod yang tinggal di dalam sudah tu...1 ekor butud =Rm3
  • Lidi kelapa boleh dibuat penyapu lidi.
  • Daun kelapa boleh dianyam sebagai ketupat, atap, tikar dan sebagainya.

Tahuka anda:Daun kelapa merupakan makanan favorite Gajah? Ya, daun kelapa juga dapat dimanfaatkan pelbagai alternative di ladang ternak sebagai bahan makanan ataupun alas tidur haiwan.

  • Sabut kelapa boleh dibuat baja cecair organik. Dengan merendam sabut kelapa ke dalam air.. air yang kehitam-hitaman itulah baja cecair yan penuh dengan kalium klorida.

  • Sabut kelapa yang digiling sehingga menjadi halus atau habuk boleh dijadikan media bagi bunga dan tumbuhan.

Nah... Banyak manfaat kelapa kan? Sebenarnya tidak rugi untuk menanam pokok kelapa. So, setakat ini sajalah manfaat kelapa yang dapat saya fikirkan, jika anda tahu manfaat kelapa yang lain sila kongsikan di ruang komen ya... Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Jumpa lagi di artikel yang akan datang. Cheers!


Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/09/15/manfaat-kelapa-kepada-kita/

Sort:  

Congratulations @arwine! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :

Award for the number of posts published

Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

To support your work, I also upvoted your post!

Support SteemitBoard's project! Vote for its witness and get one more award!

Coin Marketplace

STEEM 0.98
TRX 0.13
JST 0.137
BTC 55593.97
ETH 2440.04
SBD 8.16