Aktiviti hujung minggu bersama keluarga: CityMall, Lintas KK

in #steempress6 years ago (edited)


ITCC


Hi all, apa khabar. Saya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kebiasaannya aktiviti saya dan keluarga pada hujung minggu adalah pergi makan di luar kemudian pergi ke mall.

Kadang-kadang kami akan pergi menonton wayang bergantung kepada jenis movie tersebut. Jika ia menarik, kami akan pergi menontonnya. Kadang-kadang kami pergi ke mall untuk membeli barang keperluan rumah, sambil melihat apa aktiviti yang ada di mall tersebut.


Saya dan keluarga suka pergi ke CityMall kerana tiada PTI di sana dan keadaannya tidak sesak. Selain itu terdapat banyak kedai makan yang enak dijual di sana. Saya dan keluarga suka pergi makan Hainanese chicken rice. Kedai ini sentiasa ada pelanggan, walaupun harganya mahal berbanding dengan kedai yang lain namun ia tetap menjadi pilihan kami kerana ia sedap.


Big Apple Donuts, semuanya sedap-sedap. Siapa yang tidak suka donuts nie memang kesian lol.

Terdapat banyak pilihan donuts yang dijual disini dan anak-anak saya memang suka kerana ia lembut dan manis. Cubalah rasa, anda pasti nak lagi.

Kedai kegemaran saya jika berkunjung di Citymall.


Sebelah kedai Popular adalah tempat kanak-kanak bermain game. Apabila husband dan anak-anak pergi ke sana, saya akan pergi ke kedai Popular. Saya suka membeli buku cerita, buku masakan dan bermacam-macam lagi.

Tidak dinafikan CityMall mempunyai bermacam-macam kedai dan entertainment seperti mall yang lain, namun apa yang menariknya di sini adalah suasana di sini tidak sibuk, tidak bau dan tidak sesak (saya tidak suka mall yang sesak).

Ini saja coretan saya pada kali ini jumpa lagi di posting yang akan datang. Sekian dan terima kasih :)



Posted from my blog with SteemPress : http://arwine.vornix.blog/2018/10/22/aktiviti-hujung-minggu-bersama-keluarga-citimall-lintas-kk/

Sort:  

As a follower of @followforupvotes this post has been randomly selected and upvoted! Enjoy your upvote and have a great day!

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

Hello, apa kabar @arwine? Selamat! Artikel anda masuk peringkat 7 kategori Tulisan Dengan Upvote Terbanyak, di 10 Besar Tulisan Hari Ini di https://steemit.com/peringkat/@puncakbukit/10-besar-tulisan-hari-ini-senin-22-oktober-2018 .. :o)

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.15
JST 0.028
BTC 62205.55
ETH 2397.85
USDT 1.00
SBD 2.50