The power of flower

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Bunga...
Semua orang tahu apa itu bunga. Bila kecil dulu, ibu & ayah kita akan perkenalkan kepada kita bunga. Ditunjuknya mereka bunga itu kpd kita. image
Namun sedarkah kita bahawa tumbuh²han alam seperti pokok², tanaman sayur & bunga²an sejak dahulu lagi sudah mampu memberikan kuasa pelbagai sumber kpd manusia.

Bermula dari tempat perlindungan, makanan pakaian, ubat²an, oksigen & sebagainya. Selain itu, tumbuh²an berupa bunga²an juga berupaya menjadikan manusia mampu mengungkap apa yg sedang dirasakan ketika itu sama ada utk melahirkan rasa cinta, utk berkongsi keseronokan atau utk menyampaikan rasa duka.

Kehebatan & keajaiban tumbuh²an terutama bunga²an ini akan membuatkan ada pihak terus menerus membuat kajian penyelidikan bagi mengaitkan tumbuh²an dgn kesihatan manusia sedunia.

Pada tahun 1996 seorang pengkaji selidik telah menunjukkan bahawa jika sebuah rumah atau pejabat yg dihiasi dgn bunga²an atau tanaman berjaya membantu mengurangkan tekanan darah & denyutan nadi kpd penghuninya. Tahukah kita, dlm kajian terhadap penyakit kanser payudara yg menjalani aktiviti rawatan seperti berjalan² di kebun bunga, sebenarnya akan berjaya meningkatkan kemampuan pesakit tersebut utk menumpukan perhatian yg bakal dijalaninya sepanjang pembedahan tersebut & ia berjaya menurunkan stress pesakit itu.

Kajian yg pernah dilakukan oleh Dr. Roger Ulrich juga menunjukkan bahawa pesakit yg menjalani pembedahan, telah berjaya sembuh dgn cepat setelah pesakit itu sering melihat tumbuh²an dari tingkap wadnya. Tahukah kita, pesakit tersebut sebenarnya hanya mengambil masa yg agak singkat utk tinggal di Hospital tersebut ekoran dari keharuman bunga²an & tumbuhan.

Kajian lain yang dilakukan oleh Diane Relf dari Institut Virginia pula menunjukkan bahawa:
Bunga boleh menghindarkan kita dari keletihan mental & meningkatkan self esteem.
Sesetengah orang juga boleh berkomunikasi dgn lebih baik apabila ada bunga atau tumbuh²an segar di sekitar mereka, & mereka juga cenderung utk makan dlm kuantiti yg banyak ketika bunga² tersebut segar & cantik berada di atas meja.
Ketahuilah juga bahawa beberapa jenis tanaman berpasu sebenarnya boleh menghilangkan pencemaran udara dlm rumah atau pejabat.
Menempatkan tanaman atau bunga²an di rumah atau dipejabat juga boleh meningkatkan kelembapan & mengurangkan pengaruh kpd udara yg kering di sekeliling kita.

Coin Marketplace

STEEM 0.16
TRX 0.13
JST 0.027
BTC 59200.90
ETH 2601.74
USDT 1.00
SBD 2.41