CHEF TERULUNG STEEMIT #11 : Peraduan Kini Dibuka – Sertai untuk memenangi hadiah yang menakjubkan!!! Hadiah Terkumpul Utama sudah mencecah 183 SBD dan bertambah setiap hari!!! Tema adalah terkandung di dalam.steemCreated with Sketch.

in #steemit-ironchef7 years ago (edited)

thumbnail.png

Selamat dating ke dunia Steemit dan Chef Terulung Steemit!!!

Jumaat akhirnya tiba dan sekarang adalah masanya untuk memulakan pusingan baru cabaran Chef Terulung Steemit dengan mengemukakan bahan masakan misteri yang akan digunakan oleh para peserta-peserta!

Adakah anda bersedia untuk satu lagi pusingan yang menarik di SIC!?

Sehingga hari ini kami telah melengkap 10 pusingan dengan lebih daripada 220 penyertaan asli/asal daripada peserta-peserta kita! Kebanyakkan penyertaan ini berhak untuk dipaparkan dalam restoran bertaraf Bintang Michelin!

Sila baca di bawah untuk mengetahui bahan masakan minggu ini!!!


tema minggu.png

CHEF TERULUNG STEEMIT #11

Tanpa melengahkan masa lagi biar kita mengenali tema minggu ini dan peraturan/syarat am!!!
Bahan masakan untuk digunakan dalam minggu ke-11 ialah…

BELL PEPPER
bell pepper.jpg

Saya membuat keputusan untuk meneruskan dengan sayuran sekali lagi dalam minggu ini! Saya berhasrat untuk melihat bagaimana peserta kami akan mengatasi cabaran minggu ini…bukan satu tugasan yang mudah sama sekali!

Apa yang anda perlu buat ialah untuk menukar/menginnovasi/memberi transformasi kepada bahan yang istimewa ini!

Sebelum ditanya, saya terlebih dahulu menjawab bahawa para perserta boleh menggunakan sebarang variasi/warna ‘bell pepper’, samada warna Hijau, Merah, Kuning, Ungu, Putih ataupun Oren!

peraturan.jpg

Sila patuhi peraturan/syarat yang mudah ini supaya penyertaan anda sah dan layak!

• Mengkaryakan satu terbitan yang bertajuk ‘Steemit Iron Chef 2017 #11 : (Nama hidangan anda)
• Masakkan yang diterima termasuk pembuka selera, hidangan utama ataupun pembasuh mulut yang menggunakan bahan masakan minggu ini.
• Hanya satu penyertaan setiap seorang perserta
• Tag pertama haruslah menggunakan #steemit-ironchef, supaya saya tidak terlepas pandang penyertaan kamu!
• Hanya resipi baru akan diterima, saya memerlukan sekurang-kurangnya satu gambar dengan nama dan tarikh tertera.
• Saya tidak memerlukan langkah-langkah penyediaan/resipi, anda hanya perlu menyenaraikan produk yang digunakan, memberi diskripsi hidangan tersebut dan menambah gambar untuk mendapatkan perhatian saya! Jadikan penyertaan anda ringkas dan menarik!!!
• Gunakan link kepada penyertaan anda dan paparkan dalam ruangan komen ini dan juga berkongsi penyertaan anda dalam saluran discord kami - https://discord.gg/R3R26k8 untuk mendapatkan sokongan daripada individu-individu disana!
• Tarikh TUTUP untuk penyertaan anda tidak harus melewati hari Khamis 16.11.17 pada 10.00 a.m. UTC.
• Peserta yang tidak mematuhi peraturan dan syarat mudah ini akan dianggap sebagai penyertaan yang tidak sah.
Cubalah untuk menyediakan hidangan anda secara kreatif, inovatif dan dengan sebaik yang mungkin, kamu akan mendapat banyak markah…

Pemenang akan diumumkan pada setiap hari Sabtu!!!


HADIAH MINGGUAN
jadual pemenang.png

Ini adalah senarai markah dan juga hadiah yang telah dihadiahkan kepada 7 penyertaan terbaik setiap minggu!
Pada minggu-minggu tertentu saya akan memberikan hadiah bonus kepada sesetengah peserta…

Sila sediakan akaun Lejar Terbuka (Open Ledger) untuk menerima Whaleshares/Voiceshares/Skilcoins sekiranya anda adalah antara pemenang kami!

Kamu boleh membuka akaun anda dengan menggunakan link dibawah dan selepas itu memaklumkan saya alamat anda selepas pembukaan akaun tersebut.
https://bitshares.openledger.info/?r=progressivechef69

Dengan mengambil bahagian dalam Chef Terulung Steemit, kamu telah memberikan saya hak untuk menggunakan gambar hidangan anda untuk tujuan pengumuman awam!


NOTA PENTING
Kesemua SBD yang diperolehi daripada terbitan saya ini akan digunakan untuk menaja Chef Terulung Steemit 2017!
Sesiapa yang ingin menambahkan hadiah ataupun menjadi penaja kepada penyertaan unik ini, sila maklumkan saya.
Sumbangan anda sangat dialu-alukan.


Penghargaan

Penghargaan besar kepada @canadian-coconut, @donkeypong , @sweetsssj, @akrid , @voiceshares dan @bambam808 kerana sokongan yang padu kepada Chef Terulung Steemit, tanpa kamu semua, pertandingan ini tidak akan berjaya!


SAYA MENGUMUKAN BAHAWA PERADUAN INI TERBUKA UNTUK MINGGU KE SEBELAS!!!

Selamat berjaya! Saya mengucapkan selamat memasak untuk minggu yang akan datang!
Sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat yang lebih, silalah bertanya kepada saya disini atau melalui rangkaian discord Chef Terulung Steemit!!!
https://discord.gg/R3R26k8
Steem On!
@progressivechef


progressive chef.jpg

Sort:  

Resteemed your article. This article was resteemed because you are part of the New Steemians project. You can learn more about it here: https://steemit.com/introduceyourself/@gaman/new-steemians-project-launch

Helo @perennial! Artikel ini bagus.. sudah kami follow.. 😊

Terima kasih. Ini sebenarnya penterjemahan daripada artikel sebenar.

Coin Marketplace

STEEM 0.18
TRX 0.16
JST 0.030
BTC 64778.13
ETH 2531.77
USDT 1.00
SBD 2.68