Pakaian hari ini OOTD 26 NOV 2020 - 100% powered upsteemCreated with Sketch.

Salaam dan apa khabar semua?

Setelah beberapa hari tidak sempat posting kerana sakit kepala, aq memaksa diriku membuat posting ini.

Hari ni aq muncul dengan posting pakaian ku seperti yang telah dijanjikan untuk @cryptokannon.

Hari ini ada mesyuarat.

IMG-20201126-WA0015.jpg
Orang ke-2 sampai ke bilik mesyuarat selepas pengerusi.

Mesyuarat kali ini adalah post-mortem aktiviti sepanjang tahun ini. Banyak aktiviti tergendala dan tidak dapat dijalankan kerana Covic-19. Semoga mereka yang terkesan kuat menjalani ujian Tuhan ini. Doaku untuk kalian.

Aq tidak faham bagaimana teman sekerja ku yang lelaki boleh memakai baju lengan pendek sahaja pada musim sejuk ini. Aq dan teman perempuan ku memakai berlapis pakaian ditambah pula dengan baju panas. Hahaha.

IMG-20201126-WA0016.jpg
Mesyuarat telah tamat. Ini aq dengan pakaian ku.

IMG-20201126-WA0017.jpg
Gaya sedikit nakal. ✌🏻

Aq memaki inai di jari. Inai membuatkan ku lebih yakin.

Boleh lihat meja ku yang belum dikemas di belakang.

IMG_20201126_133625.jpg
Menunggu Grab untuk pulang ke rumah kerana adikku tidak dapat menjemput ku dan sepupu ku pada hari ini.

Ini adalah pautan aplikasi Grab:
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.grabtaxi.passenger

Aq tertinggal baju panas ku di bilik mesyuarat kerana hujan telah berhenti dan suhu semakin tinggi. 😭😭

IMG-20201126-WA0018.jpg
Gambar tudungku dari belakang. Memaksa suamiku mengambil gambar ini.

Tudung ini adalah tudung merdeka. Kami di Malaysia kebiasaannya akan memakai tudung ini pada bulan Ogos dan September. Pada 31 Ogos akan ramai orang menggayakan OOTD merdeka dengan fesyen yang berbagai. Aq memakai tudung ini sepanjang tahun. 😂😂

Kebetulan pada hari ini seorang teman ku juga memakai tudung merdeka.

Kami anak Malaysia! 🥰

Mohon kalian untuk like posting ini jika menyukainya dan mungkin akan ku pos lagi posting begini selepas ini.

Terima kasih kerana membaca. ❤️

Ps: Sedikit sunyi melihat gambar sendirian. Mungkin aq akan meminta izin dari teman-teman ku untuk memuat naik gambar mereka lain kali.